ExMobile Volte 1 telah membuat penampilan pada video khas

Screenshot-76-1024x576

Satu video pendek yang dimuat turun oleh selebriti tempatan  iaitu TianLong di akaun Facebook beliau telah mendedahkan satu model telefon pintar terbaru yang akan ditawarkan oleh ExMobile.

Pada mulanya, video ini hanya memaparkan TianLong menggunakan ExMobile Volte 2 untuk mengambil gambar satu urusan perniagaan yang dilakukan oleh satu kumpulan (dibintangi oleh duta ExMobile Rashid Sidek).

Selain itu, pada pertengahan video ini, kita boleh melihat wartawan ini memainkan satu lagu siren polis yang telah berjaya menakutkan kumpulan gangster ini dan ini adalah untuk memberikan kita idea akan kemampuan audio yang dimiliki oleh Volte 2 ini.

Pada penghujung video ini, ExMobile Volte 1 yang akan menjadi telefon pintar utama syarikat ini telah didedahkan sendiri oleh Rashid Sidek dan beradasarkan video ini kita boleh mengesahkan bahawa Volte 1 akan memilki satu sensor capjari yang diletakkan dibahagian belakang iaitu dibawah unit kamera dan flash LED.

Selain itu, Volte 1 ini juga dijangka akan hadir dengan skrin paparan 1080p berukuran 5.5-inci yang dilapisi gelas 2.5D , pemproses octa-core MediaTek MT6753, 3GB RAM dan berasaskan sistem operasi Android 5.1 Lollipop.

Selain itu, Volte 1 mungkin memiliki kamera utama 13MP manakala kamera selfie telefon pintar ini adalah 5MP.

Volte 1 ini dijangka akan ditawarkan didalam dua warna iaitu kelabu dan hitam ianya mungkin mula dijual di Malaysia pada bulan Mei 2016 dengan harga penjualan sekitar RM 799 – RM 899.

Screenshot-72-1024x576 Screenshot-73-1024x576 Screenshot-75-1024x576 Screenshot-78-1024x576

Tontoni video ini di pautan sumber di bawah

sumber

Comments

comments

Share