Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi bakal melancarkan siri telefon pintar baru phablet

xiaomi-max-render

Xiaomi telah membuat satu pengesahan melalui Akaun Weibo rasmi Xiaomi yang mendedahkan kepada kita bahawa syarikat ini akan memperkenalkan satu siri telefon pintar yang baru tidak lama lagi.

Xiaomi telah mencadangkan beberapa nama bagi siri telefon pintar Xiaomi yang baru ini iaitu Xiaomi Max, Xiaomi Pro , Xiaomi Plus dan Xiaomi Big.
lebih menarik adalah, Xiaomi memberikan peminat setia mereka peluang untuk mengundi nama bagi siri telefon pintar Xiaomi yang baru ini.

Menurut satu sumber yang boleh dipercayai, Xiaomi dikatakan ingin melancarkan telefon pintar yang hadir dengan skrin paparan 6.0-inci bagi memenuhi permintaan pasaran. Xiaomi dikatakan menyedari bahawa tidak banyak pilihan yang ditawarkan bagi telefon pintar phablet 6.0-inci dan ke atas.

Pengumuman siri baru Xiaomi ini mungkin dibuat tidak lama lagi dan apa pun produk Xiaomi yang dilancarkan, kita hanya boleh berharapa bahawa telefon pintar ini akan memasuki pasaran Malaysia.

Bercakapa mengenai status Xiaomi di Malaysia, syarikat China ini telah memperkenalkan Xiaomi Redmi Note 3 awal bulan ini dan ianya dijual dari harga RM 749 dan anda boleh membaca ulasan eksklusif kami bagi Redmi Note 3 ini.

Bagi Xiaomi Mi 5 pula, setakat ini tiada sebarang tarikh spesifik diberikan namun Mi 5 dijangka akan memasuki pasaran Malaysia sekitar bulan Mei-Jun 2016.

xiaomi-max-01

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.