Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Meizu Pro 6 dilancarkan secara rasmi – hadir dengan flash LED 10-diot

meizu-pro-6-official

Meizu secara rasminya telah melancarkan telefon pintar utama mereka iaitu Pro 6 dan ianya hadir dengan reka bentuk berasaskan keluli sepenuhnya dengan ukuran dimensi 147.7 X70.8 X 7.25mm dan berat 160gram.

Dari segi luaran, Meizu Pro 6 dilihat mempunyai reka bentuk yang hampir sama seperti iPhone 6 namun ianya hadir dengan jalur antena paling kecil didalam pasaran.

Meizu Pro 6 ini hadir dengan skrin paparan Super AMOLED 1080p berukuran 5.2-inci dan skirn paparan ini juga memiliki teknologi skrin yang mampu mengukur kadar tekanan yang dikenakan pada skrin atau secara mudahnya dikenali sebagai (Force Touch Display). Skrin paparan Meizu Pro 6 ini juga dilindungi dengan lapisan gelas keselamatan Corning Gorilla Glass 3 2.5D.

meizu-pro-6-3d-press

Dari segi dalaman pula, Meizu Pro ini hadir dengan pemproses MediaTek Helio X25 , GPU Mali-T880, 4GB RAM dan dua kapasiti memori simpanan dalaman iaitu 32GB dan 64GB ( mempunyai slot microSD).

meizu-pro-6-01

Dari segi kamera pula, Meizu Pro 6 hadir dengan kamera utama 21MP yang mempunyai optik pengstabilan imej (OIS) , flash dwi-tona yang mempunyai 10-diot LED , pemfokusan laser , PDAF , lensa 6P , aperture f/2.2 , rakaman video 4K manakala kamera selfie Pro 6 ini adalah 5MP.

Meizu Pro 6 ini juga hadir dengan butang ‘home’ yang memiliki sensor capjari mTouch , bateri berkapasiti 2,560mAh ( menyokong pengecasan pantas mCharge 3.0) dan slot USB

3.1 Type-C.

Meizu Pro 6 ini juga hadir dengan UI FlymeOS 5.5 yang berasaskan Andorid 5.1 Lollipop dan terdapat juga cip audio Cirrus Logic CS43L36.

MeizuPro6-offical

Meizu Pro 6 ini akan ditawarkan didalan dua tiga warna iaitu emas, kelabu dan perak dan ianya akan mempunyai harga penjualan CNY2, 499 (RM1, 506) bagi versi 32GB, versi 64GB pula akan mempunyai harga penjualan CNY2, 799 (RM1, 687)

Penjualan Meizu Pro 6 akan bermula pada 23 April ini dan ini hanya akan untuk penjualan di pasaran China.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.