Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

UMobile Data Backpack – guna kuota internet pelan pascabayar anda diluar negara

databackpack-umobile-malaysia-1

Syarikat telekomunikasi UMobile kini secara rasmi telah mula menawarkan pelanggan pascabayar terpilih mereka kemudahan untuk menggunakan kuota data pelan bulanan mereka di luar negara.

Kemudahan yang dikenali sebagai Data Backpack ini membolehkan pelanggan pelan pascabayar UMobile yang terpilih menggunakan kuota internet mereka tanpa sebarang caj perantauan tambahan.

Kemudahan pengunaan data percuma yang dikenali sebagai Data Backpack ini ditawarkan di 12 negara iaitu Australia, Bangaldesh , Kemboja , Hong Kong , India , Indonesia , Laos , Filipina , Singapura , Korea Selatan , Taiwan dan Thailand.

Bagi pelanggan UMobile yang sudah melanggan pelan pascabayar melebih 6 bulan, anda boleh menghubungi 1318 untuk mengaktifkan perantauan Data Back pack percuma ini.

databackpack umobile malaysia-2

Bagi pelanggan yang masih belum memenuhi kriteria di atas anda harus melanggan kepada kemudahan autodebit sebelum menghubungi 1318 manakala bagi pelanggan baru anda boleh membawa 2 bil bulanan anda dari syarikat telekomunikasi sebelum ini.

Antara pelan pascabayar UMobile yang layak menikmati kemudahan perantauan Data Backpack percuma ini adalah pelan Hero P70 , i90 , i130 , UD95 dan UD135.

Penawaran perantauan data percuma ini sudah pastinya diterima baik oleh pelanggan UMobile namun jika jumlah negara yang disenaraikan masih belum boleh dikatakan sebagai mencukupi dan penawaran perantauan percuma ke lebih banyak negara pasti disambut baik.

Untuk maklumat lanjut mengenai  kemudahan Data Backpack UMobile ini anda boleh melihat pada pautan sumber di bawah

Sumber

databackpack umobile malaysia

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.