Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Video Promosi HTC 10 telah dikeluarkan sebelum pelancaran rasmi

htc 10 malaysia launch

HTC 10 akan dilancarkan secara rasmi hari ini (awal pagi esok) dan belum sempat pelancaran ini selesai, kita telah memperoleh satu video promosi telefon pintar terbaru syarikat Taiwan yang semakin tenat ini.

Walaubagaimanapun, daripada video promosi HTC 10 yang terbaru ini, tiada apa yang baru dapat kami kongsikan namun ianya dilihat hadir dengan reka bentuk yang berasaskan aluminium sepenuhnya.

HTC 10 ini telah disahkan akan hadir dengan teknologi kamera terbaik didunia selain pembesar suara yang paling baik pernah disertakan pada peranti HTC.

Lain-lain spesifikasi HTC 10 yang boleh kami kongsikan adalah skrin paparan QHD AMOLED berukuran 5.1-inci, pemproses Qualcomm Snapdragon 820, 4GB RAM, 32GB memori simpanan dalaman , slot USB-Type C , kamera UltraPixel 12MP yang turut dilengkapi dengan optik pengstabilan imej, flash led dwi-tona dan pemfokusan laser.

HTC 10 ini juga dijangka akan hadir dengan UI HTC Sense 8 yang berasaskan Android 6.0.1 Marshmallow dan berdasarkan gambar ini kita boleh mengatakan bahawa permukaan hadapan akan juga hadir dengan sensor capjari dan tiada lagi logo jenama HTC di hadapan.

Berdasarkan video ini juga boleh kita kongsikan bahawa ianya akan hadir didalam tiga warna iaitu emas, perak dan kelabu ( tiada warna emas ros).

Kesemua maklumat rasmi dari majlis pelancaran HTC 10 ini akan kami laporkan esok.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.