Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Mate 8 mempunyai potensi untuk menjadi phablet terbaik tahun 2016

huawei-mate-8-malaysia-best-phablet-2016

Siri Huawei Mate telah menjadi taruhan terbaik syarikat ini didalam pasaran phablet sejak Huawei Ascend Mate memasuki pasaran pada tahun 2013.

Generasi terbaru siri Huawei Mate telah dilancarkan baru-baru ini dan Mate 8 yang hadir dengan reka bentuk premium dan spesifikasi yang di idam. Mate 8 dilihat mempunyai segala kebolehan dan potensi untuk mencabar kesemua telefon pintar didalam pasaran phablet.

Pada awal era phablet, telefon didalam kategori ini kebiasaanya hadir dengan skrin paparan yang besar namun bagi menawarkan saiz skrin yang besar, syarikat pengeluar terpaksa mengorbankan reka bentuk.

Walaubagaimanapun, ini sudah berubah selain skrin paparan yang besar, pengguna turut mementingkan reka bentuk yang premium dan Huawei Mate 8 hadir dengan semua ciri yang dikehendaki pengguna sekarang.

Huawei Mate 8 ini boleh dibandingkan secara terus dengan Nexus 6P daripada Huawei yang boleh dikatakan sebagai antara phablet terbaik bagi tahun 2015.

Walaupun masih belum diterima sepenuhnya oleh pengguna di Malaysia, Huawei telahpun berjaya menambat hati pengguna dipasaran antarabangsa dan syarikat ini merupakan syarikat telefon pintar ketiga terbesar didunia iaitu dibelakang Apple dan Samsung.

Dengan kemunculan siri Huawei Mate dan Huawei P selain jenama Honor, Huawei dilihat mempunyai potensi untuk berjaya didalam jangka masa panjang.

Huawei Mate 8 adalah telefon pintar kelas premium terbaru yang ditawarkan syarikat ini dan kami telah menggunakanya selama 7 hari dan berikut adalah 7 sebab kenapa anda harus mempertimbangkan Mate 8 sebagai salah satu telefon pintar yang harus anda miliki.

mate-8-02

Huawei Mate 8 : Reka Bentuk Premium

Huawei Mate 8 adalah telefon pintar phablet 6.0-inci yang hadir dengan reka bentuk unibodi yang berkelas tinggi. Selain itu, penyampaian reka bentuk luaran Huawei Mate 8 juga sangat premium walaupun ianya sangat simplistik.

Selain itu, usaha Huawei untuk memberikan pengunaan yang ergonomik tidak sia-sia memandangkan telefon pintar ini hadir dengan reka bentuk yang sangat teliti dari setiap sudut.

Walaupun hadir dengan paparan 6.0-inci , Huawei Mate 8 boleh dikatakan masih selesa pada tangan kerana ianya memiliki antara dimensi paling nipis pada phablet iaitu 157.1 x 80.6mm.

mate-8-malaysia-02

Huawei Mate 8 : Prestasi yang pantas dan konsisten

Huawei sudah lama mengeluarkan cip pemprosesan mereka yang tersendiri dan ianya dikenali sebagai Hi-Silicon Kirin. Pemproses yang digunakan pada Huawei Mate 8 adalah generasi cip pemprosesan paling terkini iaitu Kirin 950 yang dikatakan mampu bersaing bersama pemproses Qualcomm Snapdragon 810 dan Samsung Exynos 8890.

Pemproses 8-teras berkelajuan 2.3GHz yang dimiliki Huawei Mate 8 ini mencapai rekod 6,210 mata pada ujian 3-teras Geekbench yang mana ianya mengaibkan telefon pintar gergasi seperti iPhone 6s dan Samsung Galaxy S6 Edge.

GPU Mali-T880 yang digandingkan bersama pemproses Kirin 950 ini telah meningkatkan lagi prestasi grafik telefon pintar ini berbanding generasi sebelumnya.

Tidak setakat itu, Huawei Mate 8 langsung tidak menghadapi sebarang kelekaan apabila beralih dari satu aplikasi ke aplikasi yang lain, membuka aplikasi baru dan ketika bermain permainan video.

mate-8-0

Huawei Mate 8 : Pembuatan yang berkualiti tinggi

Hanya dengan berdasarkan pandangan luaran sahaja, kita boleh mengatakan bahawa Huawei Mate 8 merupakan antara telefon paling yang mempunyai pembuatan berkualiti tinggi di pasaran.

Reka bentuk Huawei Mate 8 ini adalah berasaskan rangka besi selain proses pengilapan pada sisi yang memudahkan lagi pengguna memegang peranti ini.

Sensor capjari pada bahagian dibelakang juga diposisikan pada lokasi yang amat baik dan pasti tidak akan terlepas sensor ini walaupun anda tidak melihatnya.

Seperti biasa, masalah yang dihadapi oleh telefon pintar berasaskan keluli adalah ianya akan sedikit sebanyak menjejaskan perhubungan rangkaian namun Huawei berjaya menyelesaikan isu prestasi rangkaian telekomunikasi dan antena dengan jayanya.

mate-8

Huawei Mate 8: Bateri berkapasiti tinggi

Huawei Mate 8 hadir dengan bateri berkapasiti 4,000mAh yang bermaksud anda tidak perlu risau mengenai masalah untuk perlu mengecas bateri dengan kerap.

Sebelum ini kami beranggapan bahawa Huawei Nexus 6P hadir dengan bateri yang sangat memberangsangkan namun Huawei Mate 8 boleh dikatakan berada didalam kelas yang tersendiri.

Dengan skrin paparan 1080p, kapasiti bateri yang besar dan pengoptimasi perisian yang baik, Huawei Mate 8 boleh dikatakan masih belum mempunyai pencabar terdekat dari segi penawaran  spesifikasi yang sama dengan bateri berketahanan tinggi ini.

image17

Huawei Mate 8 : Telefon pintar premium mampu milik

Walaupun hadir sebagai salah satu telefon pintar utama Huawei, Mate 8 tidak mempunyai harga yang boleh menakutkan ramai pengguna.

Bagi pasaran Malaysia, pihak Huawei Malaysia berjaya meletakkan harga penjualan yang sangat kompetitif dengan versi 32GB mempunyai harga penjualan RM 2,099 manakala versi 64GB hadir dengan harga RM 2,999. Harga penjualan ini adalah jauh lebih murah berbanding model utama jenama lain seperti iPhone 6s Plus , Samsung Galaxy S7 Edge dan LG G5.

Dengan kesemua sebab di atas, tidak harus kita ragui bahawa Huawei Mate 8 adalah phablet terbaik tahun ini khususnya dengan reka bentuk yang premium, ketahanan bateri , spesifikasi kelas atasan dan harga penjualan yang kompetitif.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.