Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Alibaba mengesahkan pengambilalihan US$1 bilion di Lazada

lazada-alibaba-malaysia-2

Syarikat e-dagang terkemuka China iaitu Alibaba kini telah mengumumkan bahawa syarikat ini telah menandatangani perjanjian bagi mengambil alih peganggan utama di syarikat Lazada yang dimiliki oleh Rocket Internet.

Alibaba dilaporkan telah bersetuju untuk membayar  US$1 bilion yang mana US$500 juta adalah ekuiti baru daripada Lazada manakala bakinya telah dibeli dari pemegang saham sediada.

Lazada adalah syarikat yang kini beroperasi di 5 negara di Asia Tenggara iaitu Indonesia, Malaysia , Filipina , Thailand dan Vietnam.

Selain itu, melalui pengambilalihan ini, Alibaba juga mempunyai perjanjian yang membolehkanya membeli baki saham Lazada pada harga pasaran didalam masa 12 hingga 18 bulan selepas pembelian ini selesai.

Selain itu, dalam kenyataan rasmi daripada Rocket Internet yang merupakan pemilik kepada Lazada, syarikat yang diasaskan di Berli, Jerman ini mengesahkan mereka masih mempunyai 8.8 peratus pegangan di Lazada.

Rocket Internet telah berjaya memperoleh keuntungan hampir 15 kali ganda berbanding jumlah pelaburan mereka iaitu hanya US$20.5 juta.

Lazada sebelum ini telah berjaya mengumpul hampir US$700 juta didalam bentuk pelaburan yang mana ianya disumbangkan oleh syarikat seperti from Kinnevik Investment, Temasek, Tengelmann Ventures, Verlinvest, dan Summit Partners.

Dengan pengambil alihan ini, ketua pegawai eksekutif Lazada iaitu Max Bitter berkata bahawa dengan pengambil alihan ini, ianya akan membantu mempercepatkan lagi usaha Lazada untuk menawarkan perkhimatan dan produk yang pelbagai kepada hampir 560 juta pengguna di Asia Tenggara.

Dengan menggunakan kepakaran dan teknologi Alibaba, Lazada akan mampu mempertingkatkan lagi mutu perkhimatan mereka.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.