Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Note 6 dilaporkan akan mempunyai ciri kalis air IP68

samsung-galaxy-note-6-malaysia

Selepas selesai pelancaran Samsung Galaxy S7 dan S7 Edge (S7 Edge kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 3,099) , tumpuan sudah pastinya terarah kepada telefon pintar utama kedua Samsung iaitu Galaxy Note 6.

Sebelum ini terdapat laporan yang mengatakan generasi terbaru Galaxy Note 6 akan hadir dengan skrin paparan QHD 5.8-inci, 6GB RAM , kamera utama 12MP ( mungkin sama seperti S7 Edge) dan dua kapasiti memori simpanan dalaman (64GB dan 128GB).

Kini satu laporan baru mengatakan bahawa Samsung Galaxy Note 6 akan hadir dengan pensijilan IP68 yang memberikan telefon pintar ini kekalisan air dan habuk iaitu ciri yang sama diperkenalkan pada Galaxy S7 dan Galaxy S7 Edge.

Dengan pensijilan ini, Samsung Galaxy Note 6 ini mampu bertahan selama 30 minit didalam kedalaman air sehingga 1.5meter. walaubagaimanapun, minggu lalu kami telah melaporkan satu berita bahawa Samsung Galaxy S7 Edge telah berjaya bertahan didalam air tanpa sebarang kerosakan sehingga 36 jam.

Selain itu, Samsung Galaxy Note 6 juga dilaporkan akan hadir dengan pengesan IRIS dan model telefon pintar ini terbaru didalam siri Note ini juga mungkin dilancarkan lebih awal iaitu sekitar bulan Jun 2016.

Walaubagaimanapun, adalah selamat untuk kita perkatakan bahawa Samsung Galaxy Note 6 akan dilancarkan pada IFA 2016 yang dijangka akan berlangsung pada bulan September 2016.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.