Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

WhatsApp kini hadir dengan ciri keselamatan penyulitan data

image
Aplikasi permesejan popular yang digunakan melebihi 1 bilion penduduk dunia iaitu WhatsApp kini telah menambah satu ciri keselamatan yang membolehkan penghantaran segala data , mesej , audio , video dan fail dihantar didalam bahasa yang tidak boleh dibaca oleh sesiapa kecuali penerima.

Encryption atau penyulitan data adalah ciri yang mana segala mesej atau media yang dihantar kepada satu kenalan anda hanya boleh dibaca oleh beliau dan langsung tiada kemungkinan mesej ini diketahui atau dibaca oleh orang lain.

teknologi Encryption ini telah diuji oleh WhatsApp sejak beberapa tahun dan hanya kini ianya ditawarkan kepada semua pengguna platfrom iOS dan Android.

untuk mendapatkan sokongan penyulitan data yang baru ini anda tidak perlu melakukan apa-apa kecuali mengemaskini versi WhatsApp anda kepada yang paling terkini.

penyulitan data ini turut tertakluk bagi perbualan yang dilakukan didalam kumpulan WhatsApp bersama-sama kenalan anda namun kesemua ahli didalam kumpulan ini harus mempunyai versi WhatsApp yang terkini pada peranti pintar mereka.

penawaran penyulitan data ini pasti akan membantu pengguna yang menghantar pelbagai mesej dan maklumat merasa lebih selamat dan terlindung.

selain itu, dengan penyulitan data ini kita boleh melihat idea WhatsApp yang mahu membuka kepada perniagaan atau perkhimatan seperti perbankan mempunyai akaun WhatsApp rasmi mereka yang sendiri.

image image image

sumber

Comments

comments