Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo V3 Max kini dibuka untuk tempahan melalui SatuGadget

12963764_985628748171971_5391380725024519178_n

Vivo V3 Max yang dilancarkan baru-baru ini kini nampaknya sudah dibuka untuk tempahan melalui pengedar SatuGadgte dan versi yang ditawarkan oleh SatuGadget ini adalah set rasmi Malaysia dan hadir dengan jaminan waranti 12 bulan dari Vivo Malaysia.

Bercakap mengenai spesifikasi , Vivo V3 Max hadir dengan skrin paparan 1080p berukuran 5.5-inci , pemproses Qualcomm Snapdragon 652 , 4GB RAM , 32GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 3,000mAh dan slot dwi-SIM 4G LTE.

Selain itu, Vivo V3 Max ini juga akan hadir dengan kamera utama 13MP, kamera selfie 8MP , cip audio AK4375 , sensor capjari pantas ( mempunyai kelajuan bacaan 0.2 saat) dan sokongan pengecasan pantas.

Selain di Malaysia, Vivo V3 Max ini juga dijangka akan memasuki pasaran negara jiran iaitu Filipina, Vietnam , Myanmar , Indonesia dan Thailand.

Vivo V3 Max ini akan ditawarkan didalam dua warna iaitu warna hitam dan warna putih ( tiada warna emas ditawarkan).

Bagi yang membuat tempahan melalui SatuGadget, mereka juga akan menerima satu hadiah misteri bernilai RM 199 selain satu perkakas perlidungan kulit asli secara percuma.

Tempahan Vivo V3 Max kini boleh dilakukan dikedai mereka di Lot G5,6 & 7, GROUND FLOOR, Menara PGRM, Jalan Pudu Ulu, 56100, Kuala Lumpur.

Untuk maklumat lanjut anda juga boleh menghubungi nombor ini 03-92823811 / 017-3888388 / 013-3888432 / 013-3888698 / 013-3888246 / 013-3888237.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.