Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Gemfive kini menawarkan diskaun sehingga RM 480 bagi pembelian telefon pintar

gemfive voucher code

Gemfive merupakan satu lagi kedai atas talian yang semakin popular di Malaysia dan nampaknya menawarkan banyak diskaun hebat khususnya untuk pembelian telefon pintar.

Gemfive kini dilihat mencabar Lazada didalam menawarkan diskaun yang hebat bagi pembelian peralatan elektronik.

Mulai 1 April 2016 sehingga 4 Mei 2016, pengguna membeli telefon pintar melalui Gemfive nampaknya akan menerima potongan diskaun sehingga RM 480 dengan menggunakan kod istimewa ketika melakukan pembelian.

Berikut adalah kod-kod bauchar yang melayakkan anda menerima diskaun tambahan.

PHONE120 : diskaun RM 120 bagi pembelian minima RM 700 dan ke atas

PHONE280 : diskaun RM 280 bagi pembelian minima RM 2200 dan ke atas

PHONE360 : diskaun RM 360 bagi pembelian minima RM 2800 dan ke atas

PHONE480 : diskaun RM 480 bagi pembelian minima RM 4000 dan ke atas

Walaubagaimanapun, anda hanya boleh menggunakan kod bauchar isitmewa ini bagi pembelian telefon pintar jenama Xiaomi, Samsung , Huawei dan Apple.

Maklumat lanjut mengenai model-model telefon pintar yang ditawarkan oleh Gemfive boleh anda ketahui di SINI

Gemfive dilihat memfokuskan kepada pasaran telefon pintar dan baru-baru ini kedai atas talian ini juga telah dilantik sebagai wakil penjual sah produk Doogee di Malaysia.

Doogee minggu lalu telah memperkenalkan beberapa peranti terbaru mereka ke pasaran tempatan dan ianya juga termasuk telefon pintar utama Doogee iaitu F7 Pro.

Baca laporan kami mengenai pelancaran peranti Doogee di SINI

 

More Stories

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.