• Home »
  • TM »
  • TM memperkenalkan pelan UniFi Pro – internet tanpa had berkelajuan 100Mbps

TM memperkenalkan pelan UniFi Pro – internet tanpa had berkelajuan 100Mbps

tm unifi pro plan

Telekom Malaysia secara rasminya telah melancarkan pelan UniFi Pro yang menawarkan kelajuan internet sehingga 100Mbps.

Pelan UniFi Pro ini dilancarkan secara rasmi dan hadir dengan bayaran bulanan RM 299 ( RM 329 selepas tempoh promosi )dan ianya menawarkan kelajuan muat turun 100Mbps manakala kelajuan muat naik adalah 50Mbps.

Pelancaran pelan UniFi Pro ini dilihat sebagai respon kepada penawaran pakej internet daripada Time yang menawarkan kelajuan sehingga 500Mbps pada harga yang sama ( 100Mbps hanya RM 149/bulan).

tm unifi pro plan malaysia

Pelan UniFI Pro ini hadir dengan pakej HyppTV ( HyppTV Aneka, HyppTV Ruby atau HyppTV Varnam) namun anda juga boleh memilih pakej HyppTV Jumbo dengan bayaran RM 329 sebulan ( RM 359 selepas tempoh promosi).

Selain itu, pelan UniFi Pro ini juga hadir dengan panggilan percuma  600 minit ke nombor TM dan selepas itu anda akan dicaj 0.10sen/minit ( panggilan lain di caj 10 sen/minit).

Selain itu, pelanggan baru UniFi Pro ini juga akan menerima langganan iFlix percuma selama 12 bulan selain langganan Viu percuma selama 3 bulan.

biz-concept-screen-landing

Selain itu, TM turut melancarkan pelan perniagaan UniFi Biz Pro yang turut menawarkan 100Mbps pada harga RM 379 sebulan.

Pelan UniFi Biz Pro juga hadir dengan panggilan percuma kesemua rangkaian TM manakala panggilan ke nombor mudah alih dicaj 8sen/minit.

Maklumat lanjut mengenai kedua-dua pelan UniFi Pro ini boleh anda ketahui di pautan di bawah dan pendaftaran secara online akan menerima satu bulan langganan percuma.

TM UniFi Pro

TM UniFi Biz Pro

 

Comments

comments

Share