Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ROM Global MIUI berasakan Android Marshmallow kini ditawarkan

xiaomi global beta rom

Beberapa hari lalu, Xiaomi telah mula menawarkan ROM MIUI yang berasaskan Android 6.0 Marshmallow bagi telefon pintar Xiaomi Mi 3 , Mi 4 dan Mi Note khusus untuk pasaran China.

Kini  Xiaomi telah mengumumkan penawaran versi Beta Global MIUI 6.3.17 yang berasaskan Android Marshmallow dan ROM ini boleh dimuat turun ke telefon pintar Xiaomi yang sama (Xiaomi Mi 3 , Mi 4 dan Mi Note) di pasaran luar China.

Untuk pengetahuan anda, perbezaaan utama antara versi ROM China dan ROM antarabangsa adalah akses kepada Google Play Service dan Google Play Store.

Xiaomi Mi 5 yang kini ditawarkan di Malaysia ( secara tidak rasmi) adalah telefon pintar pertama untuk hadir dengan MIUI 7 yang berasaskan Android Marshmallow dan syarikat ini dilihat sedang berusaha untuk membawakan sokongan kemaskini ini kepada lebih banyak peranti mereka.

Jika anda mempunyai Xiaomi Mi 3 , Mi 4 dan Mi Note, anda boleh memuat turun dan mencuba versi beta global ini. bagi model ini ,ianya dijangka akan ditawarkan didalam masa terdekat.

Maklumat muat turun dan panduan kemaksini boleh anda dapatkan di SINI.

Selain itu, bercakap mengenai Xiaomi di Malaysia, syarikat ini akan mula menawarkan Xiaomi Redmi Note 3 Pro di sini pada harga yang bermula dari RM 749.  Anda boleh membaca Unboxing Redmi Note 3 eksklusif kami di SINI

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.