Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Redmi Note 3 Pro mula dijual 6 April ini – dari RM 749

xiaomi redmi note 3 pro malaysia price

Seperti yang diumumkan minggu lalu, Mi Malaysia sebentar tadi telah mengumumkan harga dan tarikh penjualan Xiaomi Redmi Note 3 Pro di pasaran tempatan.

Xiaomi Redmi Note 3 Pro ini akan mempunyai harga penjualan RM 749 bagi versi 2GB RAM dan 16GB memori simpanan dalaman dan versi ini hanya akan ditawarkan didalam warna perak.

Versi 3GB RAM dan 32GB memori simpanan dalaman Xiaomi Redmi Note 3 Pro ini pula akan ditawarkan didalam warna emas dan kelabu dengan harga penjualan RM 849.

Mengimbas kembali mengenai, Xiaomi Redmi Note 3 Pro ini, ianya adalah satu lagi versi Redmi Note 3 yang mana versi Pro ini hadir dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 650 dan kamera utama yang lebih beresolusi tinggi berbanding Redmi Note 3 yang biasa.

Xiaomi Redmi Note 3 Pro hadir dengan skrin paparan 1080p berukuran 5.5-inci yang memiliki teknologi Sunlight Display, dua pilihan RAM iaitu 2GB RAM dan 3GB RAM, memori simpanan dalaman 16GB dan 32GB.

Redmi Note 3 Pro juga hadir dengan kamera utama 16MP f/2.2 dengan teknologi pemfokusan PDAF selain lampu flash dwi-tona. Kamera selfie model Redmi Note 3 Pro ini pula adalah 5MP.

Selain itu, Xiaomi Redmi Note 3 Pro juga hadir dengan sensor pengesan capjari pantas dengan tempoh pengaktifan hanya 0.3 saat. Redmi Note 3 Pro adalah telefon pintar pertama untuk hadir dengan sensor capjari.

Selain itu, Xiaomi Redmi Note 3 Pro ini juga hadir dengan sokongan dwi-SIM hibrid, 4G LTE, Bluetooth 4.1, Bluetooth HID, WiFi 2.4GHz/5GHz dan hadir dengan sistem operasi MIUI 7.

Xiaomi Redmi Note 3 Pro ini akan mula dijual pada 6 April ini iaitu pada hari sama Xiaomi Mi 5 Pro mula dijual di pasaran China.

Selain itu, bagi anda yang mahu mencuba Xiaomi Redmi Note 3 dengan lebih dekat, anda boleh menyertai sesi eksperimen Xiaomi Redmi Note 3 Pro ini yang akan diadakan pada hujung minggu ini di Kuala Lumpur dan Penang. Untuk maklumat lanjut mengenai sesi eksperimen ini anda boleh lihat di SINI.

baca Unboxing Xiaomi Redmi Note 3 yang kami lakukan secara eksklusif untuk anda di SINI

sumber

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.