Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

[UNBOXING] Pandangan Pertama Xiaomi Redmi Note 3 Pro

image

Xiaomi Redmi Note 3 yang dilancarkan selang beberapa minggu selepas Redmi Note 2 memasuki pasaran Malaysia nampaknya semakin hampir untuk membuat penampilan di arena pasaran telefon pintar tempatan pada bulan April ini.

Beberapa hari lalu, pihak Xiaomi Malaysia telah mengadakan satu bengkel eksklusif Xiaomi Redmi Note 3 dan ianya dijangka akan mula dijual pada bulan April dengan harga dan tarikh penjualan akan diumumkan pada 29 Mac ini.

Lebih menggembirakan, pasaran Malaysia akan menerima Xiaomi Redmi Note 3 yang hadir dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 650 ( merupakan telefon pintar pertama di pasaran untuk menggunakan pemproses ini). Disebabkan ianya hadir dengan pemproses daripada Qualcomm ini, ianya turut dikenali sebagai Redmi Note 3 Pro.

Selain itu, tidak seperti telefon pintar lain, Xiaomi juga akan membawa masuk kedua-dua kapasiti Xiaomi Redmi Note 3 iaitu 2GB RAM/16GB ROM dan 3GB RAM/32GB ROM.

Xiaomi Redmi Note 3 Pro hadir dengan skrin paparan 1080p berukuran 5.5-inci yang memiliki teknologi Sunlight Display.

Dari segi  kamera, Xiaomi Redmi Note 3 Pro ini hadir dengan kamera 16MP f/2.2 dengan teknologi pemfokusan PDAF selain lampu flash dwi-tona. Kamera selfie model Redmi Note 3 Pro ini adalah 5MP.

Selain itu, Xiaomi Redmi Note 3 Pro juga hadir dengan sensor pengesan capjari pantas dengan tempoh pengaktifan hanya 0.3 saat. Redmi Note 3 Pro adalah telefon pintar pertama Xiaomi untuk hadir dengan sensor capjari.

Selain itu, Xiaomi Redmi Note 3 Pro ini juga hadir dengan sokongan dwi-SIM hibrid, 4G LTE, Bluetooth 4.1, Bluetooth HID, WiFi 2.4GHz/5GHz dan hadir dengan sistem operasi MIUI 7.

Mari kita menerokai lebih mendalam mengenai Xiaomi Redmi Note 3.

image

Xiaomi telah menggunakan kotak pembungkusan baru pada Xiaomi Redmi Note 3 , ianya hadir dengan kotak berwarna putih yang memaparkan gambar Redmi Note 3 , logo Mi di  bahagian atas kanan dan nama model pada bahagian bawah .

image

Pada bahagian belakang kotak pembungkusan ini, segala maklumat spesifikasi Xiaomi Redmi Note 3 Pro telah disenaraikan dan model ulasan yang kami terima adalah versi import yang dijual di pasaran China.

image

Selepas membuka kotak ini, anda akan dapat melihat Xiaomi Redmi Note 3 yang dilapisi filem perlindungan dan warna yang kami terima adalah warna emas.

image

Selepas mengalihkan Redmi Note 3, akan terdapat satu kotak kecil yang mengandungi kad waranti, panduan pengunaan dan pin untuk mengakses slot SIM.

image

Seperti biasa pada Xiaomi, Redmi Note 3 ini tidak hadir dengan earphone namun ianya hadir dengan plak pengecasan 2-pin ( versi China ) dan kable USB.

image image image

Plak pengecasan yang disertakan pada Xiaomi Redmi Note 3 ini hadir dengan sokongan pengecasan Quick Charge 2.0 dan ianya merupakan plak pengecasan yang sama seperti pada Xiaomi Redmi Note 2 (output 5V2A).

image

Kable USB yang ditawarkan bersama-sama Redmi Note 3 Pro ini juga hadir dengan logo Quick Charge yang memberikan petunjuk ianya menyokong Quick Charge 2.0. Kable ini juga sama seperti pada Xiaomi Redmi Note 2.

dibawah ini kami sertakan gambar Xiaomi Redmi Note 3 dari pelbagai sudut.

image image image image image image image image image image

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.