Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Time Fiber kini hadir dengan pelan jalur lebar 500Mbps

time fiber
Penyedia jalur lebar Time Fiber kini telah mengubahsuai pelan mereka yang hadir dengan kelajuan internet sehingga 500Mbps namun pada bayaran bulanan yang sama seperti sebelum ini.

Bagi pengguna sediada, mereka juga akan menikmati pakej internet yang laju dan kesemua pelanggan mereka dijangka akan dimaklumkan melalui emel.

Pelanggan Time Fibre 15Mbps akan dinaik taraf kepada pelan 300Mbps manakala pelanggan Time Fibre 8Mbps akan dinaik taraf kepada pelan 100Mbps.

Selain itu, pelanggan baru pula juga boleh mendaftar kepada pelan kelajuan baru ni namun ianya hadir dengan kontrak dua tahun.

Pelan Time Fibre 100Mbps hadir dengan bayaran bulanan RM 149 sebulan, Time Fibre 300Mbps hadir dengan komitmen RM 189 sebulan manakala 500Mbps hadir dengan komitmen bulanan RM 299 sebulan.

Selain itu, jika anda ingin mempunyai akses untuk panggilan, anda boleh melanggan pelan panggilan yang ditawarkan pada harga RM 10 sebulan (2,000 minit dengan kontrak satu tahun). jika anda tidak mahu melanggan pelan ini anda masih boleh membuat panggilan ke mana-mana rangkaian pada kadar 9sen/minit.

Dengan kelajuan sehingga 500Mbps, Time Fibre boleh dilihat sebagai penyedia jalur lebar paling laju di negara namun kawasan liputan yang terhad menyebabkan syarikat ini masih ketinggalan dibelakang TM UniFi dan Maxis.

anda boleh menyemak liputan perkhimatan jalur lebar Time Fiber ini di SINI

time fiber 100mbps time fiber 300mbps time fiber 500mbps time fibre internet-1

More Stories

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.