Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iPad Pro 9.7-inci hanya mempunyai 2GB RAM

ipad pro

Apple iPad Pro 9.7-inci telah dilancarkan bersama-sama  Apple iPhone SE awal minggu ini dan sebelum ini kita hanya mendapat maklumat bahawa tablet iPad Pro ini hanya mempunyai perbezaaan dari segi skrin dan kamera apabila dibandingkan dengan iPad Pro 12.9-inci.

Walaubagaimanapun, pendedahan terbaru mendedahkan bahawa Apple melakukan perubahan juga dari segi dalaman iaitu dari segi RAM dan pemproses.

Walaupun sebelum ini kami melaporkan Apple iPad Pro 9.7-inci ini hadir dengan 4GB RAM , pendedahan daripada GeekBench memberikan kita bukti bahawa tablet terbaru ini hanya hadir dengan 2GB RAM.

Selain RAM , Apple juga telah menghadkan prestasi pemproses Apple A9x ini, ianya hanya mempunyai kelajuan 2.16GHz berbanding kelajuan 2.24GHz pada Apple iPad Pro 12.9-inci.

Pendedahan terbaru ini pasti sedikit sebanyak mengecewakan ramai pengguna yang sudah pasti tertarik dengan saiz dan spesifikasi skrin Apple iPad Pro ini.

Apple iPad Pro hadir didalam versi Wi-FI dan WiFi + SIM dan dengan tiga jenis kapasiti memori simpanan dalaman iaitu 32GB, 128GB dan buat pertama kali hadir didalam kapasiti 256GB. Harga penjualan iPad Pro bagi versi WiFi ini bermula dari $599 (RM 2,393), $749 (RM 2,992) dan $899 (RM 3,591).

Versi WiFi + SIM iPad Pro ini mempunyai harga yang bermula dari USD729(RM2,928), $879 (RM3,530) dan USD1,029( RM4,134) ( kapasiti yang sama seperti versi WiFi).

CeK14klVIAAr-fssumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.