Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Maxis telah membuka pendaftaran minat bagi iPhone SE

maxis iphone se

Apple iPhone SE telah dilancarkan secara rasmi semalam namun untuk tiba ke pasaran Malaysia, ianya pasti mengambil masa sekurang-kurangnya sebulan.

Walaubagaimanapun, tanpa diduga syarikat telekomunikasi Maxis telah membuka pendaftaran minat bagi telefon pintar 4-inci paling berkuasa didunia ini.

Ini bermaksud kita mungkin akan menyaksikan Apple iPhone SE mula ditawarkan di pasaran Malaysia didalam masa beberapa minggu sahaja lagi dan ianya mungkin ditawarkan secara eksklusif oleh Maxis (untuk tempoh terhad).

Maxis dijangka akan menawarkan telefon pintar ini melalui pelan MaxisONE dan terdapat kemungkinan ianya ditawarkan melalui program pemilikan Maxis Zerolution.

Mengimbas kembali mengenai Apple iPhone SE ini, ianya hadir dengan skrin paparan berukuran 4.0-inci (1136 x 640 piksel) dengan kepadatan piksel 326ppi, pemproses Apple A9 dan GPU PowerVR GT7600.

Selain itu, Apple iPhone SE ini juga hadir dengan kamera yang sama seperti pada iPhone 6s dan 6s Plus iaitu kamera 12MP iSight yang turut hadir dengan rakaman video 4K. walaubagaimanapun, kamera hadapan Apple iPhone 6s iaitu kamera 5MP tidak digunakan pada iPhone SE namun ianya hadir dengan sokongan flash skrin yang dikenali sebagai Retina Flash (kamera 1.2MP).

Apple iPhone SE ini juga hadir dengan sensor capjari TouchID dan sokongan pembayaran Apple Pay. iPhone SE juga mempunyai ukuran dimensi yang sama seperti iPhone 5s dengan berat 113gram.

Buat masa ini tiada sebarang maklumat mengenai harga penjualan ini diumumkan oleh Apple mahupun Maxis.

pendaftaran minat boleh dilakukan di SINI

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.