Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Redmi Note 3 Pro akan dilancarkan di Malaysia minggu ini

xiaomi redmi note 3 snapdragon 650

Xiaomi Malaysia secara rasminya akan melancarkan telefon pintar Redmi Note 3 Pro ke pasaran tempatan minggu ini ( Khamis ini).

Xiaomi Redmi Note 3 Pro adalah versi Redmi Note 3 yang hadir dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 650 dan kamera utama 16MP.

Pemproses Qualcomm Snapdragon 650 ini adalah pemproses yang sebelum ini dikenali sebagai Snapdragon 618.

Selain daripada itu, perbezaan model Redmi Note 3 asal dengan Redmi Note 3 Pro yang baru ini adalah dari segi kamera dimana model ini hadir dengan kamera 16MP f/2.2 dengan teknologi pemfokusan PDAF selain lampu flash dwi-tona. Kamera selfie model Redmi Note 3 Pro ini adalah 5MP.

Xiaomi Redmi Note 3 Pro hadir dengan skrin paparan 1080p berukuran 5.5-inci yang memiliki teknologi Sunlight Display, dua pilihan RAM iaitu 2GB RAM dan 3GB RAM, memori simpanan dalaman 16GB dan 32GB.

Selain itu, Xiaomi Redmi Note 3 Pro juga hadir dengan sensor pengesan capjari pantas dengan tempoh pengaktifan hanya 0.3 saat. Redmi Note 3 Pro adalah telefon pintar pertama untuk hadir dengan sensor capjari.

Selain itu, Xiaomi Redmi Note 3 Pro ini juga hadir dengan sokongan dwi-SIM hibrid, 4G LTE, Bluetooth 4.1, Bluetooth HID, WiFi 2.4GHz/5GHz dan hadir dengan sistem operasi MIUI 7.

Harga penjualan Xiaomi Redmi Note 3 ini masih belum diketahui namun ianya dijangka berada pada jangka harga yang sama seperti ditawarkan oleh SatuGadget

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.