Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iPhone SE dilancarkan secara rasmi – harga dari RM 1,592

apple-iphone-se-malaysia-price-1

Apple secara rasminya telah melancarkan satu lagi model telefon pintar iPhone yang hadir dengan skrin paparan 4.0-inci dan dikenali sebagai Apple iPhone SE.

Apple iPhone SE hadir dengan reka bentuk chasis yang sama seperti Apple iPhone 5s namun hadir dengan spesifikasi yang dimiliki oleh iPhone 6s.

Apple iPhone SE ini hadir dengan skrin paparan berukuran 4.0-inci (1136 x 640 piksel) dengan kepadatan piksel 326ppi, pemproses Apple A9 dan GPU PowerVR GT7600.

Selain itu, Apple iPhone SE ini juga hadir dengan kamera yang sama seperti pada iPhone 6s dan 6s Plus iaitu kamera 12MP iSight yang turut hadir dengan rakaman video 4K. walaubagaimanapun, kamera hadapan Apple iPhone 6s iaitu kamera 5MP tidak digunakan pada iPhone SE namun ianya hadir dengan sokongan flash skrin yang dikenali sebagai Retina Flash (kamera 1.2MP).

Apple iPhone SE ini juga hadir dengan sensor capjari TouchID dan sokongan pembayaran Apple Pay. iPhone SE juga mempunyai ukuran dimensi yang sama seperti iPhone 5s dengan berat 113gram.

iPhone SE ini hadir dengan harga penjualan yang lebih berpatutan, versi 16GB ( masih tiada versi 32GB) iPhone SE ini mempunyai harga penjualan $399 (RM 1,592) manakala versi 64GB mempunyai harga $499 (RM 1,991).

Apple iPhone SE ini akan mula dibuka untuk tempahan pada 24 Mac ini manakala penjualan rasmi akan bermula pada 31 Mac ini.

Bagi pasaran Malaysia, Apple iPhone SE ini dijangka memasuki pasaran tempatan sebelum bulan Mei 2016.

Apple iPhone SE hadir didalam 4 warna iaitu emas, perak, kelabu dan emas ros.

hero_static_large iphone se-1

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.