Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Redmi Note 3 Pro kini ditawarkan oleh SatuGadget – dari RM 799

xiaomi-redmi-note-3-pro-16gb2gb-original-imported-set

Xiaomi Redmi Note 3 yang dilancarkan pada penghujung tahun lalu pada mulanya hadir dengan pemproses MediaTek Helio X10 namun pada bulan Januari yang lalu, syarikat ini telah memperkenalkan satu lagi versi yang hadir dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 650.

Walaupun belum memasuki pasaran Malaysia, Xiaomi Redmi Note 3 telah mula ditawarkan oleh DirectD dan kini versi dengan pemproses daripada Qualcomm juga telah di mula dijual di Malaysia oleh SatuGadget.

Pemproses Qualcomm Snapdragon 650 ini adalah pemproses yang sebelum ini dikenali sebagai Snapdragon 618.

Selain daripada itu, perbezaan model Redmi Note 3 asal dengan Redmi Note 3 Pro yang baru ini adalah dari segi kamera dimana model ini hadir dengan kamera 16MP f/2.2 dengan teknologi pemfokusan PDAF selain lampu flash dwi-tona. Kamera selfie model ini adalah 5MP.

Xiaomi Redmi Note 3 Pro hadir dengan skrin paparan 1080p berukuran 5.5-inci yang memiliki teknologi Sunlight Display, dua pilihan RAM iaitu 2GB RAM dan 3GB RAM, memori simpanan dalaman 16GB dan 32GB.

Selain itu, Xiaomi Redmi Note 3 Pro juga hadir dengan sensor pengesan capjari pantas dengan tempoh pengaktifan hanya 0.3 saat. Redmi Note 3 Pro adalah telefon pintar pertama untuk hadir dengan sensor capjari.

Selain itu, Xiaomi Redmi Note 3 Pro ini juga hadir dengan sokongan dwi-SIM hibrid, 4G LTE, Bluetooth 4.1, Bluetooth HID, WiFi 2.4GHz/5GHz dan hadir dengan sistem operasi MIUI 7.

Versi yang hadir dengan 2GB RAM dan 16GB ROM akan ditawarkan pada harga RM (799 manakala versiĀ  3GB RAM dan 32GB ROM pula akan mempunyai harga penjualan RM 949 ( warna perak dan emas).

beli Xiaomi Redmi Note 3 Pro melalui SatuGadget di SINI

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.