Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S7 Edge kini di Malaysia – RM 3,099

galaxy-s7e-launch-malaysia-002-1024x683

Samsung Galaxy S7 Edge kini secara rasminya mula ditawarkan di pasaran Malaysia dengan harga penjualan RM 3,099.

Galaxy S7 Edge hadir dengan skrin paparan Super AMOLED QHD berukuran 5.5-inci dan tidak lupa skrin ini mempunyai lengkungan pada kedua-dua sisi, ukuran dimensi yang dimiliki S7 Edge adalah 150.9 x 72.6 x 7.7mm dengan berat 157gram.

Samsung Galaxy S7 Edge ini juga hadir dengan pemproses Exynos 8890 , 4GB RAM dan 32GB memori simpanan dalaman.

Selain itu, dari segi reka bentuk Samsung Galaxy S7 Edge hadir dengan reka bentuk panel hadapan gelas 2.5D manakala bahagian belakang hadir dengan lengkungan yang sama seperti pada Galaxy Note 5.

Samsung Galaxy S7 Edge hadir dengan kamera 12MP dan adalah tidak tepat jika anda bandingkanya dengan kamera 16MP yang dimiliki oleh S6. Kamera ini hadir dengan aperture f/1.7 dan teknologi Dual Pixel yang mampu membolehkan pengguna mengambil gambar yang lebih berkualiti walaupun pada keadaan cahaya yang rendah.

Kamera S7 Edge ini juga hadir dengan fokus automatik yang pantas dan Smart OIS. Kamera selfie yang dimiliki oleh model ini adalah 5MP dengan aperture f/1.7.

Samsung Galaxy S7 Edge hadir dengan bateri berkapasiti 3,600mAh dan ianya hadir dengan sokongan pengecasan pantas (WPC dan PMA).

Ciri-ciri lain yang dimiliki S7 Edge adalah Dual-band Wi-Fi ac, MIMO, Bluetooth v.4.2, ANT+, USB 2.0, NFCdan MST ( untuk sokongan sistem pembayaran).

Salah satu ciri yang pasti mendapat pujian ramai pada Samsung Galaxy S7 Edge adalah pensijilan kalis air dan habuk IP68.

Beralih kepada perisian dalaman, Samsung Galaxy S7 Edge dan juga hadir dengan TouchWiz UI yang berasaskan Android 6.0 Marshmallow.

Majlis pelancaran Samsung Galaxy S7 Edge ini juga telah disertai oleh Artis popular Korea iaitu Lee Kwang Soo (Running Man).

20160317_142353 20160317_142320 20160317_142334 20160317_142403 galaxy-s7e-launch-malaysia-003-1024x683 galaxy-s7e-launch-malaysia-001-1024x683

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.