Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Mi 5 kini ditawarkan oleh SatuGadget – RM 1769

0003394_xiaomi-mi-5-original-imported-set

Minggu lalu kami melaporkan bahawa Xiaomi Mi 5 yang dilancarkan penghujung bulan lalu telah mula ditawarkan di Malaysia ( versi import) di Lazada dan kini telefon pintar utama Xiaomi ini kini ditawarkan oleh SatuGadget.

Xiaomi Mi 5 yang ditawarkan oleh SatuGadget ini lebih murah berbanding harga penjualan Mi 5 di Lazada Malaysia.

Beli Xiaomi Mi 5 di SINI

Harga penjualan Xiaomi Mi 5 yang ditawarkan oleh SatuGadget adalah RM 1,769 iaitu bagi versi yang mempunyai memori simpanan dalaman 64GB.

Sebagai perbandingan, Lazada menawarkan versi 64GB Mi 5 pada harga penjualan dari RM 1,999 manakala versi 32GB mempunyai harga penjualan RM 1,689.

Xiaomi Mi 5 ini hadir dengan skrin paparan IPS berukuran 5.15-inci, pemproses Qualcomm Snapdragon 820 , 3GB RAM , dua kapasiti memori simpanan dalaman iaitu 32GB dan 64GB, kamera utama16MP yang mempunyai aperture f/2.0 dan optik pengstabilan imej 4-paksi, kamera ini adalah unit kamera IMX298, kamera selfie UltraPixel 4MP dan bateri berkapasiti 3,000mAh. Spesifikasi penuh Xiaomi Mi 5 boleh anda ketahui di SINI

SatuGadget menawarkan Xiaomi Mi 5 ini dengan jaminan satu tahun dan ianya hanya ditawarkan didalam satu warna iaitu warna putih.

Jika anda tidak boleh menunggu sehingga pelancaran rasmi Xiaomi Mi 5 di Malaysia, anda mungkin boleh mempertimbangkan untuk membeli dari SatuGadget.

Beli Xiaomi Mi 5 di SINI

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.