Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Mi 5 kini ditawarkan di Lazada Malaysia – dari RM 1,689

xiaomi mi 5-1

Xiaomi Mi 5 yang dilancarkan secara rasmi di MWC penghujung bulan lalu dan seperti biasa telefon pintar ini telah mula dijual di pasaran China minggu lalu.

Xiaomi Mi 5 ini telah disahkan akan memasuki pasaran Malaysia namun masih tiada sebarang tarikh diberikan.

Walaubagaimanapun, jika anda tidak boleh menunggu sehingga pelancaran rasmi, anda mungkin boleh mendapatkanya di Lazada Malaysia.

Xiaomi Mi 5 ini dilihat telah mula ditawarkan oleh penjual di Lazada Malaysia dan ianya hadir didalam dua kapasiti memori simpanan dalaman iaitu 32GB dan 64GB.

Xiaomi Mi 5 32GB warna perak ini mempunyai harga penjualan RM 1,689 dan RM 1,999 manakala Mi 5 64GB yang hadir didalam warna perak dan emas ini ditawarkan pada harga RM 2,199.

Versi import ini dijangka akan hadir dengan jaminan waranti daripada penjual ( setahun atau dua tahun) dan anda akan menerima Mi 5 pada penghujung bulan ini ( 28 Mac – 31 Mac 2016).

Xiaomi Mi 5 ini hadir dengan skirn paparan IPS berukuran 5.15-inci, pemproses Qualcomm Snapdragon 820 , 3GB RAM , dua kapasiti memori simpanan dalaman iaitu 32GB dan 64GB, kamera utama16MP yang mempunyai aperture f/2.0 dan optik pengstabilan imej 4-paksi, kamera ini adalah unit kamera IMX298, kamera selfie UltraPixel 4MP dan bateri berkapasiti 3,000mAh. Spesifikasi penuh Xiaomi Mi 5 boleh anda ketahui di SINI

xiaomi mi 5 lazada malaysia

Maklumat lanjut di Lazada Malaysia

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.