Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo F1 warna emas ros mula ditawarkan di Malaysia 11 Mac

oppo-f1-rose-gold-malaysia

Pada bulan Januari yang lalu, Oppo secara rasminya telah melancarkan telefon pintar terbaru didalam siri F iaitu Oppo F1 di pasaran tempatan dan ketika itu hanya satu warna Oppo F1 ini ditawarkan (emas).

Walaubagaimanapun, Oppo kini telah mengumumkan penawaran satu lagi warna bagi Oppo F1 iaitu warna emas ros dan ianya akan mula ditawarkan pada 11 Mac (esok) pada harga penjualan RM 1,198.

Oppo F1 hadir dengan reka bentuk aluminium unibodi dengan skrin paparan 720p berukuran 5.0-inci (294ppi) dengan teknologi skrin IPS ini dilindungi oleh gelas keselamatan Gorilla Glass 4. Bercakap mengenai pemproses pula, Oppo F1 hadir dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 616 berkelajuan 1.7GHz, GPU Adreno 405 dan 3GB RAM.

Beralih kepada kepakaran kamera yang dilihat fokus utama siri F ini, kamera utama Oppo F1 adalah kamera 13MP dengan f/2.2 dan satu flash LED manakala kamera hadapan adalah 8MP dengan lensa f/2.0.

selain itu, kamera ini turut hadir dengan perisian kamera yang menawarkan fungsi seperti Beautify 3.0, 8 pilihan warna dan teknologi flash pada skrin untuk pengambilan selfie pada keadaan yang gelap.

Oppo F1 juga hadir dengan memori simpanan dalaman 16GB, sokongan dwi-SIM LTE, bateri berkapasiti 2,500mAh (tiada teknologi bateri VOOC), Android 5.1 Lollipop dengan Color OS 2.1

Oppo F1 warna emas ros ini boleh dibeli dari kedai konspe Oppo seluruh negara dan juga melalui kedai atas talian rasmi iaitu Oppo Store Malaysia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.