Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Nexus 6P warna emas akan ditawarkan di Malaysia bulan ini – RM 2,698

huawei nexus 6p gold malaysia

Pada majlis pelancaran Huawei Mate 8 di Malaysia semalam, Huawei juga telah mengesahkan bahawa telefon pintar Nexus 6P keluaran mereka untuk Google akan ditawarkan didalam satu warna baru iaitu warna emas.

Nexus 6P warna emas ini pada mulanya hanya ditawarkan secara eksklusif di pasaran Jepun sebelum mula ditawarkan di pasaran India pada bulan Disember yang lalu dan kini ianya akan memasuki pasaran Malaysia.

Nexus 6P warna emas ini akan mula dijual di pasaran Malaysia dari pertengahan bulan Mac dengan harga penjualan yang sama seperti warna lain iaitu RM 2,698.

Nexus 6P warna emas ini mempunyai spesifikasi dalaman yang sama seperti model Nexus 6P didalam warna lain.

Nexus 6P daripada Huawei ini hadir skrin paparan WQHD berukuran 5.7-inci, pemproses Qualcomm Snapdragon 810, 3GB RAM, 64GB memori simpanan dalaman, kamera utama 12.3MP dengan sensor mikron piksel yang besar, kamera selfie 8MP , slot USB Type-C yang turut menyokong pengecasan pantas dan berasakan sistem operasi Android Marshmallow.

Warna lain Nexus 6P daripada Huawei kini ditawarkan di Malaysia melalui Lazada dan Vmall pada harga RM 2,698.

anda mungkin boleh Baca Evolusi Nexus dan kenapa Huawei Nexus 6P adalah telefon pintar terbaik siri Nexus

dan Ketahui 6 Sebab kenapa anda harus memiliki Nexus 6P.

 

 

Comments

comments