Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Watch Jewel dan Elegant dilancarkan di Malaysia – dari RM 1,999

image

Huawei Watch Elegant dan Huawei Watch Jewel yang dilancarkan di CES 2016 awal tahun ini adalah model jam pintar yang dilancarkan khusus kepada golongan wanita.

Kedua-dua jam pintar ini kini telah disahkan akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi ( penghujung bulan April) dengan harga penjualan RM 2,299 bagi Huwei Watch Jewel dan RM 1,999 bagi Huawei Watch Elegant (termasuk GST).

Huawei Malaysia telah mengumumkan perkara ini di majlis pelancaran Huawei Mate 8 yang telah berlangsung di Malaysia semalam.

Kedua-dua jam pintar Huawei Watch khusus untuk golongan wanita akan memasuki pasaran Malaysia pada peghujung bulan April 2016.

Huawei Watch Jewel hadir dengan reka bentuk berasaskan Kristal Swarovski iaitu sebanyak 68 butir Kristal telah digunakan mengelilingi panel utama jam. Panel jam ini pula adalah besi tahan karat yang hadir dengan warna emas ros dengan tali kulit berwarna biru. Panel jam Huawei Watch Jewel ini mempunyai saiz 42mm.

Huawei Watch Elegant pula akan hadir dengan reka bentuk yang lebih klasik , versi Elegant ini tidak mempunyai sebarang batu kristal Swarovski namun ianya hadir dengan titik titik sekeliling jam selain tali jam berasaskan kulit asli

Huawei Watch Elegant dan Huawei Watch Jewel ini dijangka akan ditawarkan melalui vmall Malaysia dan terdapat kemungkinan juga ianya ditawarkan di Lazada Malaysia kelak.

Huawei Watch ini hadir dengan sistem operasi Android Wear dan ianya turut boleh digunakan bersama peranti Android dan iOS.

imageimage image image

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.