Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Mi 4s kini ditawarkan oleh SatuGadget – RM 1,399

0003381_xiaomi-mi4s-original-imported-set

Xiaomi Mi 4s yang umumkan pada hari sama Xiaomi Mi 5 dilancarkan nampaknya kini sudah mula ditawarkan di Malaysia melalui pengedar telefon pintar SatuGadget.Com.

Xiaomi Mi 4s ini adalah satu lagi varian Mi 4i dan ianya secara rasmi telah mula dijual di pasaran China minggu lalu.

Xiaomi Mi 4s ini hadir dengan skrin paparan 1080p berukuran 5.0-inci (441ppi), pemproses Qualcomm Snapdragon 808, 3GB RAM , 64GB memori simpanan dalaman , bateri berkapasiti 3,260mAh dan sensor capjari pada bahagian belakang.

Bercakap mengenai kamera, Mi 4s hadir dengan kamera utama 13MP manakala kamera selfie adalah 5MP.

Selain itu, Mi 4s juga hadir dengan satu slot sim hibrid ( microSD+Nano SIM), slot USB type-C , sokongan pengecasan pantas Qualcomm Quick Charge 2.0 , MIUI 7 , 802.11a/b/g/n/ac dan ditawarkan didalam dua warna iaitu warna emas dan putih.

Xiaomi Mi 4s ini hadir dengan jaminan waranti satu tahun daripada SatuGadget dan ianya mempunyai harga penjualan RM 1,399 termasuk GST.

Sebagai perbandingan , Xiaomi Mi 4s mempunyai harga penjualan CNY 1699 iaitu sekitar RM 1,070 mengikut kadar pertukaran semasa.

Jika anda berminat untuk memiliki telefon pintar Mi 4s ini, anda mungkin boleh mendapatkanya melalui SatuGadget memandangkan telefon pintar ini dijangka tidak akan memasuki pasaran Malaysia secara rasmi didalam masa terdekat.

untuk beli Mi 4s melalui SatuGadget anda boleh beli di SINI

xiaomi-mi4s-5 xiaomi-mi4s-6 xiaomi-mi4s-7 xiaomi-mi4s-84s

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.