Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Mate 8 dilancarkan secara rasmi di Malaysia – RM 2,099

image

Huawei Mobile secara rasminya telah melancarkan Huawei Mate 8 di pasaran Malaysia

Huawei Mate 8 hadir dengan skirn paparan IPS 1080p berukuran 6.0-inci, pemproses Kirin 950 berkelajuan 2.3GHz, GPU Mali T880MP4 dan dua pilihan RAM yang didatangkan dengan tiga kapasiti memori simpanan dalaman yang berbeza iaitu 3GB/32GB dan 4GB/64GB

Selain itu, Huawei Mate 8 juga hadir dengan satu co-pemproses yang dikenali sebagai i5 dan pemproses sokongan ini mempunyai sokongan kepada pengesanan pertuturan, pengunaan MP3, hab sensor pelbagai fungsi, navigasi fused location provider (FLP) dan mengurangkan pengunaan tenaga berdasarkan lokasi.

Huawei Mate 8 hadir dengan teknologi aluminium industri angkasa lepas dan dengan gelas 2.5D selain satu sensor capjari pada bahagian belakang. Dari segi kamera pula, Huawei Mate 8 hadir dengan kamera utama 16MP yang menggunakan sensor terkini IMX298 daripada Sony manakala kamera selfie pula adalah 8MP.

Huawei Mate 8 juga hadir dengan bateri berkapasiti 4,000mAh dan akan ditawarkan didalam empat warna iaitu emas, perak, kelabu dan perang.

Dari segi perisian pula, Mate 8 hadir dengan sistem operasi Android Marshmallow dan disertakan dengan EMUI 4.0 yang terbaru.

Harga penjualan bagi Huawei Mate 8 adalah seperti berikut

3GB RAM/32GB ROM : RM 2,099 ( warna perak dan kelabu)

4GB RAM/64GB ROM : RM 2,399 ( warna emas dan perang mocha).

Huawei Mate 8 mula ditawarkan hari ini melalui vmall malaysia dan anda juga boleh melakukan pembelian melalui Lazada Malaysia.

imageimageimageimageimage

image

 

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.