Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Tempahan Galaxy S7 Edge dibuka oleh Maxis – Percuma Gear S2 Classic Platinum

s7 edge maxis preoder

Samsung Galaxy S7 Edge yang telah dilancarkan di Mobile World Congress pada penghujung bulan Februari telah disahkan akan memasuki pasaran Malaysia pertengahan bulan ini.

Samsung Mobile Malaysia juga telah mula membuka tempahan bagi Galaxy S7 Edge ini dan selepas 1,000 unit Galaxy S7 Edge ini habis didalam masa 3 jam, Samsung telah mengumumkan mereka akan mengadakan pusingan kedua esok dengan diskaun 15% dan kad microSD 64GB secara percuma ( bagi 2,000 unit).

Jika anda memikirkan untuk membeli Samsung Galaxy S7 Edge melalui pelan daripada syarikat telekomunikasi, anda mungkin boleh memiliki telefon pintar terbaru ini daripada Maxis dan melalui program pemilikan Maxis Zerolution.

Dengan bayaran bulanan serendah RM 114 sahaja, anda boleh memiliki Samsung Galaxy S7 Edge ini dan anda juga akan menerima satu unit jam pintar Gear S2 Classic Platinum bernilai RM 1,899 secara percuma ( bagi pembelian dengan langganan pelan MaxisONE 158 dan ke atas).

Selain bayaran bagi S7 Edge, anda juga diwajibkan melanggan mana-mana pelan MaxisONE yang bermula dari RM 158 sebulan.

Samsung Galaxy S7 Edge yang ditawarkan oleh Maxis ini hadir didalam tiga warna iaitu emas, hitam dan perak.

Maklumat lanjut mengenai pelan yang ditawarkan oleh Maxis bagi Samsung Galaxy S7 Edge ini boleh anda ketahui di SINI

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.