Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S7 Edge dibuka untuk tempahan 7 Mac – 20% diskaun

GS7 Pre-order Ad R9_Pre-order

Samsung Mobile Malaysia secara rasminya telah mengumumkan bahawa tempahan bagi telefon pintar terbaru Samsung yang dilancarkan di MWC minggu lalu iaitu Galaxy S7 Edge ( Galaxy S7 tidak memasuki pasaran Malaysia) akan dibuka pada 7 Mac ini (sehingga 11 Mac) dengan penjualan akan bermula pada 18 Mac.

Selain itu, Samsung juga telah mengumumkan bahawa 1,000 pembeli pertama yang membuat tempahan bagi Galaxy S7 Edge ini akan memiliki telefon pintar ini pada harga penjualan yang istimewa iaitu dengan 20% diskaun selain 128GB kad microSD percuma dan jaminan tambahan satu tahun ( jumlah jaminan menjadi 2 tahun).

Bercakap mengenai harga, Samsung nampaknya telah mengekalkan harga penjualan Samsung Galaxy S7 Edge ini pada harga yang sama seperti Galaxy S6 Edge iaitu RM 3,099 dan jika anda berjaya menjadi antara 1,000 pertama untuk membuat tempahan, anda hanya perlu membayar RM 2,479.20.

Untuk memastikan anda berjaya membuat tempahan Galaxy S7 Edge ini anda harus melayari laman sesawang rasmi Samsung Malaysia dan melakukan langkah-langkah dibawah :

  1. Pilih warna Galaxy S7 Edge yang anda mahu (hitam onyx , emas platinum dan perak titanium)
  2. Pilih stor Samsung pilihan anda untuk membuat pengambilan S7 Edge anda
  3. Membuat pembayaran muka RM 300

Jika tempahan anda telah disahkan, anda boleh membuat pengambilan Samsung Galaxy S7 Edge anda pada 17 Mac iaitu sehari sebelum pelancaran rasmi di Malaysia dan menjadi antara yang pertama di Malaysia untuk memiliki Galaxy S7 Edge.

tempahan boleh dibuat di sini iaitu didalam masa 2 hari sahaja lagi : http://my.campaign.samsung.com/s7preorder/

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.