Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Lenovo secara rasminya melancarkan Lenovo Vibe X3 dan K4 Note

image

Lenovo secara rasminya telah melancarkan dua model telefon pintar terbaru mereka dan ianya hadir dengan teknologi TheatreMax .

Dua model yang dilancarkan di pasaran tempatan adalah Lenovo Vibe X3 yang sebelum ini telah dibuka untuk tempahan melalui Lazada dan Lenovo K4 Note yang telah dilancarkan bersama-sama peranti VR yang dikenali sebagai Ant VR.

Teknologi ‘TheaterMax’ ini pertama kali ditawarkan pada K4 Note dan Vibe X3, teknologi ini membolehkan mana-mana kandungan multimedia ditukarkan kepada kandungan realiti maya (VR).

image

Bercakap mengenai skrin paparan Vibe X3 ini ianya hadir dengan skrin paparan 5.5-inci dengan resolusi HD penuh dan gelas perlindungan Corning Gorilla Glass 3.

Vibe X3 ini hadir dengan pemproses Snapdragon 808, 3GB RAM, 32GB memori simpanan, slot microSD dan sokongan dwi-SIM 4G LTE dan dua pembesar suara Dolby Atmos di bahagian hadapan.

Lenovo Vibe X3 memiliki unit kamera 23MP Sony IMX230 dengan pemfokusan PDAF dan juga hadir dengan sokongan rakaman video 4K. Selain itu, terdapat juga kamera selfie 8MP.

Beralih kepada bateri pula, Lenovo Vibe X3 ini juga hadir dengan bateri berkapasiti 3,600mAh yang turut hadir dengan sokongan pengecasan Qualcomm Quick Charge 2.0.

Lenovo Vibe X3 ini ditawarkan didalam satu warna iaitu warna putih mutiara dan kini sudah boleh dibeli pada harga RM 1,899.

image

Beralih kepada Lenovo K4 Note, telefon pintar ini telah dilancarkan pada bulan Januari yang lalu dan ianya hadir skrin paparan 1080p berukuran 5.5-inci yang hadir dengan kepadatan piksel 441ppi dan terdapat juga gelas perlindungan Gorilla Glass 3 daripada Corning.

Bercakap mengenai reka bentuk, Lenovo K4 Note hadir dengan reka bentuk berasaskan keluli dan terdapat juga sensor capjari pada bahagian belakang selain dua pembesar suara 1.5W dengan teknologi audio Dolby Atmos.

Beralih kepada pemproses, Lenovo K4 Note memiliki pemproses MT6753 daripada MediaTek yang mempunyai kelajuan 1.3GHz, GPU Mali T720 MP3, 3GB RAM dan memori simpanan dalaman 16GB yang boleh ditambah lagi dengan kad microSD.

Beralih kepada unit kamera yang dimiliki oleh Lenovo K4 Note, ianya hadir dengan kamera utama 13MP f/2.2 yang turut dilengkapi dengan teknologi pemfokusan PDAF dan lampu flash LED. Kamera selfie yang dimiliki oleh K4 Note ini adalah kamera 5MP.

Selain itu, Lenovo K4 Note juga hadir dengan bateri berkapasiti 3300mAh, NFC, Bluetooth 4.0 LE, 4G LTE pada kedua-dua slot sim dan Wi-Fi 802.11 ac.

Lenovo K4 Note akan ditawarkan didalam dua warna iaitu warna hitam dan putih dengan harga penjualan RM 999.

Bercakap mengenai peranti VR yang dilancarkan bersama-sama kedua-dua telefon pintar ini iaitu Ant VR, ianya akan ditawarkan pada harga RM 199 namun tiada sebarang promosi ‘bundle’ akan ditawarkan bersama-sama Vibe X3 dan K4 Note.

image image image image image image

image

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.