Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

WhatsApp kini sedang menguji ciri penghantaran dokumen

whatsapp-document

Aplikasi permesejan popular yang dimiliki oleh Facebook iaitu WhatsApp dilihat mempunyai banyak pelan radikal sepanjang tahun ini.

WhatsApp sebelum ini telah mengumumkan bahawa mereka akan menghapuskan yuran tahunan yang dikenakan kepada pengguna dan baru-baru ini, syarikat ini juga telah membuat kenyataan bahawa mereka akan menghentikan sokongan bagi beberapa platform seperti BlackBerry OS dan Nokia Symbian OS menjelang penghujung tahun ini.

WhatsApp kini nampaknya akan menyertakan satu ciri baru yang membolehkan pengguna menghantar dokumen melalui aplikasi ini.

Ciri baru ini buat masa ini didalam masih didalam ujian Beta dan versi yang lebih stabil dijangka akan ditawarkan didalam kemaskini yang seterusnya tidak lama lagi.

Seperti sebelum ini, ciri ini dijangka akan ditawarkan terlebih dahulu kepada pengguna Android sebelum ke pengguna iOS.

Dokumen yang boleh dihantar melalui WhatsApp ini hanya terhad kepada fail jenis PDF sahaja dan tiada sebarang maklumat adakah jenis fail dokumen yang lain juga akan disokong pada versi akhir.

Penawaran ciri penghantara dokumen ini dilihat sama seperti ciri yang ditawarkan oleh aplikasi Telegram yang mana aplikasi permesejan ini juga menawarkan penghantaran dokumen yang lebih maju.

Jika anda berminat untuk menjadi antara yang terawal mencuba ciri baru yang ditawarkan pada WhatsApp, anda boleh mendaftar sebagai penguji aplikasi WhatsApp beta dengan mendaftar di SINI

Comments

comments