Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Digi melancarkan pelan postpaid terbaru – lebih banyak kuota dan panggilan percuma

Photo 2(1)

Digi secara rasminya telah memperkenalkan pelan pascabayar terbaru mereka yang menawarkan lebih banyak kuota internet, panggilan dan SMS percuma tanpa had dan ciri membawa baki kuota yang tidak digunakan ke bulan seterusnya.

Pelan pascabayar terbaru daripada Digi ini dikenali sebagai Digi Postpaid dan ianya hadir dengan beberapa kategorikan pelan yang menawarkan lebih banyak internet dan satu lagi pelan yang hadir dengan panggilan percuma tanpa had kesemua rangkaian.

The-New-Digi-Postpaid

Digi Postpaid – More Internet.

Pelan Digi Postpaid More Internet yang baru ini hadir dengan 6 komitmen bulanan iaitu RM 28, RM 48, RM 68, RM 98, RM 148 dan RM 238.

Pelan Digi Postpaid More Internet hadir dengan pelan yang menawarkan kuota internet bulanan dari 1GB sehingga 20GB.

Selain itu, kesemua pelan dibawah kategori More Internet ini juga hadir dengan minit panggilan percuma dan SMS percuma berdasarkan nilai pelan yang dipilih.

Dengan pelan Digi Postpaid More Internet ini, anda juga boleh membawa baki kuota internet ke bulan seterusnya iaitu namun jumlah kuota bergantung kepada jenis pelan yang anda pilih.

Digi PostPaid – More Calls & SMS

Seperti pelan More Internet, pelan More Calls & SMS ini juga hadir dengan 6 pelan yang mempunyai komitmen bulanan dari RM 28, RM 48 , RM 68 , RM 78 , RM 128 dan RM 218.

Kesemua pelan ini hadir dengan kuota internet yang lebih rendah apabila dibandingkan dengan pela More Internet namun pelan ini menawarkan panggilan dan SMS percuma.

Selain itu, kuota internet yang tidak habis dibawah pelan ini juga boleh dibawa ke bulan seterusnya dengan jumlah mengikut nilai pelan.

Selain itu, bagi pelanggan yang melanggan pelan Digi Postpaid dengan bayaran bulanan RM 68 dan ke atas, mereka akan menerima langganan iFlix percuma selama 12 bulan dan ruang simpanan maya Capture 100GB bagi pelanggan Digi Postpaid RM28 dan RM48, mereka akan menerima 30GB ruang simpanan maya Capture dan iFlix percuma selama 2 bulan.

tiga pelan termahal didalam kategori More Internet dan More Calls & SMS hanya akan ditawarkan buat tempoh terhad iaitu sehingga 30 Jun 2016 sahaja.

maklumat lanjut di SINI

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.