Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

WhatsApp akan menamatkan sokongan bagi BlackBerry dan Nokia

logo-promo

WhatsApp yang dimiliki oleh Facebook sebelum ini telah mengumumkan bahawa mereka akan menyingkirkan yuran tahunan yang dikenakan bagi semua pengguna baru.

WhatsApp kini telah mengumumkan satu lagi pelaksanaan terbaru mereka bagi tahun 2016 dan ini mungkin bukan satu berita baik bagi beberapa pengguna platform.

Aplikasi permesejan popular ini akan menamatkan sokongan bagi aplikasi WhatsApp dibeberapa platform yang disenaraikan di bawah menjelang penghujung tahun 2016.

Berikut adalah senarai platform yang akan ditamatkan sokongan WhatsApp.

  • BlackBerry, termasuk BlackBerry 10
  • Nokia S40
  • Nokia Symbian S60
  • Android 2.1 dam Android 2.2
  • Windows Phone 7.1

Menurut syarikat ini lagi, mereka mahu memberikan tumpuan kepada platform yang memiliki majoriti pengguna yang banyak ( Android dan iOS) dan pada masa yang sama juga, platform yang disenaraikan di atas ini telah dikenal pasti sebagai tidak mempunyai kemampuan untuk menyokong ciri-ciri baru ( panggilan video) yang akan diperkenalkan oleh syarikat yang dimiliki oleh Facebook ini pada masa hadapan.

Walaubagaimanapun, kesemua platform yang disenaraikan di atas ini boleh dikatakan tidak mempunyai ramai pengguna kecuali BlackBerry namun BlackBerry juga telah mengambil keputusan untuk melancarkan telefon pintar mereka dengan sistem operasi Android.

Jika anda mempunyai model telefon pintar yang menggunakan platform-platform yang disenaraikan di atas, mungkin sudah tiba masa anda memulakan pencarian untuk membeli unit telefon pintar baru tidak lama lagi.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.