Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung mengumumkan hanya Galaxy S7 Edge akan ditawarkan di Malaysia

04

Samsung Galaxy S7 dan Galaxy S7 Edge telah dilancarkan secara gilang-gemilang di Mobile World Congress dan pada majlis pelancaran tersebut Samsung juga telah mengesahkan bahawa pasaran Malaysia akan menjadi antara negara terawal untuk menerima model ini.

Walaubagaimanapun, pada satu previuw eksklusif yang dianjurkan oleh Samsung Mobile Malaysia minggu lalu, syarikat ini telah memberikan kita satu kejutan baru apabila mengumumkan bahawa Samsung Galaxy S7 tidak akan memasuki pasaran Malaysia pada 18 Mac ini.

Sebaliknya, Samsung hanya akan menawarkan Samsung Galaxy S7 Edge dan ianya akan didalam satu kapasiti memori simpanan dalaman sahaja iaitu 32GB.

Sebab utama Samsung melakukan tindakan adalah kerana pengguna di Malaysia dilihat lebih gemar membeli versi Edge (Galaxy S6 Edge) berbanding versi biasa (Galaxy S6).

Selain itu, dengan faktor kelemahan ringgit yang berada pada kadar terendah didalam beberapa abad, harga penjualan telefon pintar Samsung dilihat telah meningkat berdasarkan harga penjualan generasi baru ( Galaxy A 2016).

Sebagai perbandingan, Samsung Galaxy S6 Edge yang dilancarkan di Malaysia tahun lalu hadir dengan harga penjualan RM 3,099 namun tahun ini kita mungkin melihat harga penjualan Galaxy S7 Edge meningkat sedikit.

Dengan ketiadaan versi biasa S7, pengguna dilihat tidak mempunyai pilihan kecuali untuk membeli versi S7 Edge yang lebih mahal.

Segala persoalan mengenai harga model Galaxy S7 Edge ini dijangka akan terjawab didalam masa beberapa minggu sahaja lagi (18 Mac 2016).

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.