Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Mi 5 disahkan akan memasuki pasaran Malaysia

xiaomi mi 5-1

Semalam, telefon pintar utama Xiaomi iaitu Mi 5 secara rasminya telah dilancarkan di Mobile World Congress yang kali pertama di sertai syarikat ini.

Dengan penyertaan Xiaomi di MWC tahun ini, sudah pasti ramai pengguna dunia optimstik bahawa mereka mungkin akan dapat membeli Xiaomi Mi 5 tidak lama lagi.

Walaubagaimanapun, Naib Presiden Xiaomi iaitu Hugo Barra berkata bahawa Xiaomi Mi 5 hanya akan ditawarkan di pasaran yang sudah ditembusi oleh mereka dan penawaran global telefon pintar ini masih tidak dapat dipastikan.

Hugo turut mengesahkan bahawa syarikat ini sedang berusaha untuk menembusi beberapa pasaran baru namun masih terlalu awal untuk memberikan sebarang maklumat mengenainya.

Hugo Barra berkata beliau mempunyai hasrat untuk menawarkan produk Xiaomi ditawarkan secara rasmi di Eropah dan China namun ianya masih belum boleh direalisasikan. Walaubagaimanapun, Hugo berharap jenama Xiaomi akan lebih dikenali diperingkat global dengan pelancarkan produk Xiaomi di MWC tahun ini,

Xiaomi Mi 5 akan mula memasuki pasaran sediada Xiaomi iaitu China, India , Hong Kong, Singapura , Indonesia , Filipina , Brazil. Adakah anda tercari-cari nama negara kita didalam senarai ini? , Jika ya, berita baik bagi kita adalah, Malaysia juga adalah antara negara yang disahkan akan menerima Xiaomi Mi 5 tahun ini.

Harga Penjualan Xiaomi Mi 5 adalah seperti berikut :

Mi 5 3GB RAM/32GB ROM : CNY 1,999 (RM 1,289) 

Mi 5 3GB RAM/64GB ROM : 2,299 (RM 1,482)

Mi 5 Pro 4GB RAM /128GB ROM : CNY 2,699 (RM 1,740)

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.