Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

LG G5 dipilih sebagai telefon pintar terbaik di MWC 2016

glomo award 2016 - lg g5 best smartphone mwc 2016

Penutup kepada Mobile World Congress kebiasaanya adalah majlis penganugerahan Global Mobile Awards (Glomo) yang dianjurkan oleh persatuan GSM.

Antara anugerah yang diberikan pada majlis tahunan ini adalah telefon pintar terbaik 2015 , telefon pintar terbaik di MWC 2016, tablet terbaik 2015 dan banyak lagi.

Berikut adalah antara anugerah yang diberikan.

  • Telefon Pintar Terbaik 2015 – Samsung Galaxy S6 Edge
  • Telefon Pintar Kos Rendah Terbaik ( bawah $100) – Xiaomi Redmi 2
  • Tablet Terbaik – Microsoft Surface Pro 4
  • Peranti perhubungan pengguna terbaik – Samsung Gear S2
  • Aplikasi Terbaik ( pilihan juri ) – Google Cardboard
  • Aplikasi Muzik terbaik – Sound Cloud
  • Telefon pintar terbaru terbaik di MWC 2016 – LG G5

LG G5 yang dilancarkan beberapa hari lalu telah dipilih sebagai telefon pintar terbaik di Mobile World Congress dan telefon pintar ini merupakan telefon pintar modular pertama didunia yang ditawarkan secara komersial.

Pencapaian yang di capai oleh LG ini lebih bermakna kerana syarikat korea ini telah berjaya mencuri tumpuan dari Samsung Galaxy S7 dan Galaxy S7 Edge yang turut dilancarkan pada hari yang sama di MWC 2016.

Apa-pun penganugerahan sebagai telefon pintar terbaik pada MWC 2016 tidak menjanjikan apa-apa. jumlah penjualan adalah lebih penting didalam menentukan kejayaan sesuatu model.

LG G5 akan mula memasuki pasaran pada bulan April didalam 4 warna iaitu emas, merah jambu, perak dan titan.

LG-G5

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.