Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

“Teaser” HTC One M10 yang pertama dikeluarkan

HTC One M10 teaser

Sebelum ini terdapat banyak khabar angin yang mengatakan bahawa HTC One M10 tidak akan dilancarkan di MWC dan satu majlis pelancaran berasingan akan diadakan sekiatar bulan April 2016.

Walaupun tiada sebarang pengesahan akan bila HTC One M10 menjadi realiti, HTC telah mengeluarkan ‘teaser’ One M10 mereka yang pertama.

Pada gambar ini anda boleh lihat bahawa HTC telah memberikan kita sedikit pandangan sisi telefon pintar ini dan ianya dilihat hadir dengan rangka berasaskan keluli yang digilap dan reka bentuk ini dlihat berlainan daripada HTC One M9.

Gambar ini telah dimuat turun di akaun media sosial Twitter HTC dengan hastag “powerof10” yang juga memberikan pengesahan bahawa telefon pintar ini akan dikenali sebagai One M10.

HTC One M10 ini dijangka akan hadir dengan skrin paparan QHD AMOLEd berukuran 5.1-inci, pemproses Qualcomm Snapdragon 820 , 4GB RAM , 32GB memori simpanan dalamana, kamera utama UltraPixel 12MP yang disertakan dengan teknologi pemfokusan PDAF (Phase Detection Autofocus) dan pemfokusan auto laser dan tidak lupa optik pengstabilan imej. Selain itu, One M10 akan turut dilengkapi dengan kamera selfie 5MP juga menggunakan teknologi UltraPixel dan sensor capjari.

HTC One M10 ini akan hadir dengan UI HTC Sense 8 yang berasaskan Android 6.0.1 Marshmallow.

HTC adalah satu-satunya syarikat utama di pasaran Android yang masih belum melancarkan telefon pintar utama mereka bagi tahun ini.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.