Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Sony mengesahkan bahawa Xperia Z6 tidak akan dilancarkan

Xperia X Performance Colours

Siri telefon pintar utama Sony iaitu Xperia Z nampaknya telah ditamatkan khimatnya selepas Sony mengesahkan bahawa syarikat ini tidak akan melancarkan generasi keenam didalam siri ini iaitu Xperia Z6.

Ini bermaksud, Sony Xperia X Performance yang dilancarkan di MWC 2016 beberapa hari lalu akan menjadi telefon pintar utama syarikat ini dan sebagai pengganti kepada Xperia Z5.

Selain itu, jurucakap Sony juga telah mengesahkan bahawa Sony Xperia XA pula adalah pengganti kepada model Xperia M4 Aqua dan Sony dilihat meringkaskan portfolio produk mereka dengan meletakkan semua model baru dibawah sayap Xperia X dengan memberikan fokus utama kepada jangka hayat bateri , prestasi kamera dan reka bentuk.

Sony juga mengesahkan bahawa syarikat ini akan melancarkan satu model utama baru setiap 9 bulan namun satu model baru didalam siri Xperia X ini dijangka akan dilancarkan di IFA pada bulan September 2016.

Jika anda terlepas berita mengenai Sony di MWC, syarikat ini telah melancarkan satu siri baru yang dikenali sebagai siri Xperia X dan sebagai permulaan, tiga model siri Xperia X diperkenalkan iaitu Xperia X, Xperia XA dan Xperia Performance.

Ketiga-tiga model terbaru siri Xperia X ini hadir dengan skrin paparan berukuran 5.0-inci dan hadir dengan reka bentuk yang baru iaitu berasaskan gelas pada permukaan hadapan dan keluli pada bahagian belakang. Laporan penuh mengenai Siri Xperia X boleh anda baca di SINI

sumber

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.