Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Mate 8 akan dilancarkan di Malaysia 8 Mac 2016

huawei mate 8 malaysia launch

Huawei Malaysia telah mengesahkan bahawa Huawei Mate 8 akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 8 Mac 2016.

Huawei Mate 8 hadir dengan skirn paparan IPS 1080p berukuran 6.0-inci, pemproses Kirin 950 berkelajuan 2.3GHz, GPU Mali T880MP4 dan dua pilihan RAM yang didatangkan dengan tiga kapasiti memori simpanan dalaman yang berbeza iaitu 3GB/32GB, 4GB/64GB dan 4GB/128GB.

Selain itu, Huawei Mate 8 juga hadir dengan satu co-pemproses yang dikenali sebagai i5 dan pemproses sokongan ini mempunyai sokongan kepada pengesanan pertuturan, pengunaan MP3, hab sensor pelbagai fungsi, navigasi fused location provider (FLP) dan mengurangkan pengunaan tenaga berdasarkan lokasi.

Huawei Mate 8 hadir dengan teknologi aluminium industri angkasa lepas dan dengan gelas 2.5D selain satu sensor capjari pada bahagian belakang. Dari segi kamera pula, Huawei Mate 8 hadir dengan kamera utama 16MP yang menggunakan sensor terkini IMX298 daripada Sony manakala kamera selfie pula adalah 8MP.

Huawei Mate 8 juga hadir dengan bateri berkapasiti 4,000mAh dan akan ditawarkan didalam empat warna iaitu emas, perak, kelabu dan perang.

Dari segi perisian pula, Mate 8 hadir dengan sistem operasi Android Marshmallow dan disertakan dengan EMUI 4.0 yang terbaru.

Buat masa ini tiada sebarang maklumat harga dan versi Mate 8 yang akan ditawarkan di Malaysia namun segala persoalan pasti terjawab didalam masa beberapa minggu sahaja lagi.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.