Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo Xplay 5 disahkan akan memiliki 6GB RAM dan Snapdragon 820

vivo-xplay-5-6gb-ram-1

Telefon pintar terbaru daripada Vivo yang bakal dilancarkan tidak lama lagi iaitu Vivo Xplay 5 kini telah disahkan akan hadir dengan 6GB RAM menjadikanya telefon pintar pertama didunia untuk hadir dengan kapasiti RAM yang luar biasa ini.

Selain 6GB RAM , Vivo Xplay 5 juga telah disahkan akan hadir dengan pemproses utama Qualcomm bagi tahun 2016 iaitu Snapdragon 820.

Pengesahan ini menyokong laporan awal kami yang mana penganalisa terkenal iaitu Pan Juitang mendakwa Vivo akan melancarkan telefon pintar Xplay 5 dengan 6GB RAM.

Selain itu, Vivo juga telah mengesahkan bahawa telefon pintar Xplay 5 ini akan dilancarkan secara rasmi minggu hadapan atau secara tepatnya pada 1 Mac 2016. Selain pengesahan 6GB RAM dan pemproses Snapdragon 820, Vivo juga telah mengesahkan bahawa telefon pintar ini akan hadir dengan skrin paparan melengkung pada kedua-dua sisi ( sama seperti Galaxy S7 Edge).

Selain itu, Vivo Xplay 5 juga dilaporkan akan hadir dengan teknologi pengecasan solar, skrin paparan 6.0-inci, kamera utama 16MP, kamera selfie 8MP dan bateri berkapasiti 4,300mAh.

Dengan pelancaran rasmi hanya berbaki beberapa hari, kami pasti Vivo akan mengesahkan lebih banyak maklumat spesifikasi telefon pintar ini secara berperingkat.

Selepas Vivo mengesahkan Xplay 5 akan hadir dengan 6GB RAM, kita mungkin menyaksikan lebih banyak syarikat pengeluar telefon pintar menyaingi usaha Vivo ini.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.