Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

[MWC 2016] ZTE melancarkan Blade V7 dan Blade V7 Lite

zte blade v7-1

ZTE secara rasminya telah memperkenalkan dua model telefon pintar terbaru mereka di MWC dan dua model ini disasarkan kepada golongan muda atau mereka yang mempunyai citarasa orang muda.

ZTE Blade V7 dan Blade V7 Lite adalah telefon pintar tersebut dan kedua-dua model ini hadir dengan sistem operasi Android 6.0 Marshmallow.

zte blade v7-2

ZTE Blade V7

ZTE Blade V7 hadir dengan reka bentuk berasaskan keluli sepenuhnya dan ianya hadir dengan reka bentuk berasaskan gelas 2.5D pada bahagian hadapan.

ZTE Blade 7 hadir dengan skrin paparan 1080p berukuran 5.2-inci, pemproses octa-core MediaTek MT 6753 berkelajuan 1.5GHz, GPU Mali-T720 , 2GB RAM dan 16GB memori simpanan dalaman.

Selain itu, ZTE Blade V7 juga hadir dengan kamera utama 13MP yang disertakan dengan lampu flash LED dwi-tona , kamera selfie 5MP ( dengan teknologi flash pada skrin) , bateri berkapasiti 2,500mAh dan 4G LTE.

Sedikit mendukacitakan bagi kita di Malaysia adalah , Vivo mengesahkan bahawa ZTE Blade V7 ini hanya akan ditawarkan di pasaran Jerman, Sepanyol , Afrika Selatan , Ethiopia dan Mexico menjelang pertengahan tahun ini. Harga penjualan masih belum diumumkan.

zte blade v7 lite

ZTE Blade V7 Lite

Beralih kepada ZTE V7 Lite, telefon pintar ini hadir dengan skrin paparan 720p berukuran 5.0-inci yang dilapisi gelas 2.5D dan reka bentuk berasaskan keluli. Blade V7 Lite hadir dengan pemproses quad-core MT6735P berkelajuan 1.3GHz , GPU Mali-T720, 2GB RAM dan 16GB RAM.

Blade V7 Lite ini hadir dengan kamera utama 8MP yang disertakan dengan pemfokusan auto dan flash LED manakala kamera selfie juga adalah 8MP dan dengan flash LED. Selain itu, ZTE V7 Lite juga memiliki bateri berkapasiti 2,500mAh , 4G LTE dan sensor capjari pada panel belakang.

ZTE Blade V7 Lite pula telah disahkan akan ditawarkan di pasaran Rusia, Mexico , Sepanyol , Jerman dan Thailand.

sumber

Blade V7

zte blade v7-3 zte blade v7-4

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.