Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

[MWC 2016] Lenovo Vibe K5 dan Vibe K5 Plus dilancarkan secara rasmi

lenovo vibe k5 k5 plus malaysia

Walaupun tidak hadir untuk mengegarkan MWC tahun ini, Lenovo harus diberikan pujian kerana syarikat ini turut hadir di MWC dan telah melancarkan dua telefon pintar kelas pertengahan.

Lenovo Vibe K5 dan Lenovo Vibe K5 Plus telah dilancarkan pada hari pertama MWC dan kedua-dua telefon pintar terbaru didalam siri Vibe ini hadir dengan skrin paparan berukuran 5.0-inci dan skrin paparan 5.5-inci.

Vibe K5 hadir dengan skrin paparan HD 720p manakala Vibe K5 Plus pula hadir dengan skrin paparan1080p.

Beralih kepada spesifikasi lain, Lenovo Vibe K5 hadir denagn pemproses Quallcomm Snapdragon 415 manakala Vibe K5 Plus hadir dengan dengan pemproses Snapdragon 616.

Selain itu, kedua-dua model Vibe K5 dan K5 Plus juga hadir dengan 2GB RAM LPDDR3, memori simpanan dalaman 16GB , slot microSD dan bateri berkapasiti 2,750mAh.

Beralih kepada bahagian kamera, kedua-dua telefon pintar terbaru didalam siri Vibe ini hadir dengan kamera utama 13MP manakala kamera selfie adalah 5MP.

Lenovo Vibe K5 dan K5 Plus juga hadir dengan sokongan dwi-SIM 4G LTE, Android 5.1 Lollipop dan dua pembesar suara Dolby Atmos

Lenovo Vibe K5 dan K5 Plus dijangka akan mempunyai harga penjualan antarabangsa $129 (RM 524) dan $149 (RM 626).

Buat masa ini tiada sebarang maklumat akan bila Lenovo Vibe K5 dan K5 Plus akan mula dijual di pasaran.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.