Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Qualcomm memperkenalkan Snapdragon 625, 435 dan 425

snapdragon_425_435_625_thumbnail

Pengeluar cip pemprosesan peranti mudah alih iaitu Qualcomm kini telah mengumumkan beberapa cip pemprosesan kelas pertengahan yang dijangka akan digunakan oleh kebanyakkan telefon pintar Android sepanjang tahun 2016.

Tiga cip pemprosesan yang baru ini adalah Snapdragon 625 , Snapdragon 435 dan Snapdragon 425.

Pemproses Snapdragon 625 hadir dengan sokongan ciri kelas atasan namun dengan pengunaan bateri yang sangat efisen. Pemproses Snapdragon 435 pula hadir dengan spesifikasi yang sama seperti Snapdragon 430 namun dengan sokongan model X8 LTE yang lebih pantas.

Pemproses Snapdragon 425 pula hadir dengan prestasi dan pengalaman pemprosesan yang lebih bik pada siri bawahan iaitu siri 400.

Selain itu, kesemua pemproses Qualcomm Snapdragon ini hadir dengan banyak teknologi terkini seperti LTE , sokongan 802.11ac Wi-Fi with MU-MIMO , sokongan dwi-kamera , Qualcomm RF360 front-end solutions, Qualcomm Hexagon DSP (digital signal processor) yang menawarkan audio yang lebih jimat tenaga dan hab sensor bagi Android M. selain itu, telefon pintar yang menggunakan ketiga-tiga sensor ini juga akan hadir dengan sokongan Qualcomm Quick Charge.

Bercakap mengenai pemproses Snapdragon 625, ianya hadir dengan 37% pengunaan tenaga yang lebih rendah berbanding Snapdragon 617 namun dengan kuasa pemprosesan yang lebih tinggi. Snapdragon 625 ini juga akan hadir dengan unit pemprosesan grafik GPU Adreno 506.

Maklumat lanjut mengenai ketiga-tiga pemproses terbaru Qualcomm ini boleh anda ketahui di SINI

snapdragon 625 snapdragon 435 snapdragon 420

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.