Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

LG akan melancarkan satu siri telefon pintar baru di MWC – Siri X

lg-xcam-xscreen

LG secara rasminya telah mengumumkan akan melancarkan dua model telefon pintar didalam siri baru yang dikenali sebagai siri X.

Dua model didalam siri ini akan dikenali dengan nama yang sangat am iaitu X Cam dan X Screen dan kedua-dua model ini akan dilancarkan secara rasmi pada 22 Februari 2016 di Mobile World Congress 2016.

Ini bermaksud, siri X ini akan dilancarkan selepas syarikat ini melancarkan telefon pintar utama mereka iaitu LG G5.

LG X cam akan hadir dengan skrin paparan 1080p berukuran 5.2-inci, pemproses octa-core berkelajuan 1.14GHz, 2GB RAM dan 16GB memori simpanan dalaman. Selain itu, LG X Cam yang hadir dengan meletakkan keutamaan pada kamera akan menyertakan dua unit kamera belakang iaitu kamera 13MP dan 5MP manakala kamera hadapan adalah 8MP. Selain itu, LG X Cam juga akan hadir dengan bateri berkapasiti 2,520mAh , Android 6.0 Marshmallow dan mempunyai berat 118gram.

Beralih kepada LG X screen pula, ianya hadir dengan skrin paparan HD berukuran 4.93-inci dan ditambah skrin kedua berukuran 1.76-inci, pemproses quad-core berkelajuan 1.2GHz, 2GB RAM, 16GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 2,300mAh. Selain itu, LG X screen juga hadir dengan kamera utama 13MP manakala kamera selfie adalah 8MP. Seperti X cam , X screen juga akan hadir denagan sistem operasi Android 6.0 Marshmallow.

Kedua-dua telefon pintar ini akan mula memasuki pasaran Asia ,Eropah dan Amerika Latin mulai bulan Mac 2016.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.