Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Rakuten Malaysia akan menamatkan operasi menjelang Mac 2016

160212rakutenmalaysia-600x388

Kedai atas talian Rakuten Malaysia nampaknya akan menamatkan perkhimatan mereka di pasaran Malaysia didalam masa satu bulan sahaja lagi iaitu pada bulan Mac 2016.

Penutupan Rakuten Malaysia ini tiba selepas hampir empat tahun syarikat ini beroperasi di pasaran tempatan.

Selain Rakuten Malaysia, Rakuten Singapura dan Rakuten Indonesia juga akan ditutup menjelang bulan Mac tahun ini.

Walaupun belum diumumkan secara rasmin , ‘kerja-kerja awal’ ke arah penutupun ini dilihat sudah bermula dengan penyahaktifan akaun media sosial Rakuten Malaysia iaitu akaun Facebook dan Twitter syarikat ini.

Selain itu, tiada juga sebarang notis penutupan kepada penjual di Rakuten Malaysia dikeluarkan namun ianya dijangka akan menyusul didalam masa terdekat.

Walaupun dengan penutupan stor atas talian , Rakuten dilihat belum berputus asa untuk mencuba nasib di pasaran e-perniagaan. Rakuten dilaporkan akan melancarkan aplikasi penjualan pengguna kepada pengguna yang dikenali sebagai Rakuma tidak lama lagi.

Walaupun Rakuten ingin mencuba nasib melalui aplikasi Rakuma, adalah sukar untuk melihat syarikat ini bersaing dengan pendahulu pasaran e-perniagaan di Malaysia seperti Lazada , 11Street dan Zalora.

Walaubagaimanapun, kita berharap Rakuten mampu melakukan sesuatu yang baik dan mampu menarik perhatian pengguna di Malaysia dengan menawarkan promosi dan perkhimatan pembelian atas talian yang lebih unik dan mesra pelanggan.

selamat berjaya Rakuten melalui Rakuma!

sumber

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.