Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OnePlus 2 kini menerima pengurangan harga tetap

oneplus two

Telefon pintar ‘flagship killer 2016’ OnePlus Two kini nampaknya telah mendapat pengurangkan harga secara tetap dan pengumuman baru ini tiba selepas sebelum ini syarikat OnePlus mengumumkan model ini sudah boleh didapati tanpa memerlukan sebarang jemputan.

Sebelum ini OnePlus telah mengumumkan satu inisiatif dimana pengguna yang melakukan pembelian melebih $100 akan mendapat penghantaran percuma dan kemudia disusuli dengan berita bahawa telefon pintar OnePlus X juga ditawarkan tanpa sebarang jemputan ( telefon pintar OnePlus yang paling pantas ditawarkan tanpa sebarang mekanisma jemputan).

OnePlus berkata mereka mampu mengurangkan harga penjualan ini adalah kerana kos pengeluaran OnePlus 2 kini semakin murah dan dengan itu mereka mengurangkan harga penjualan antarabangsa model ini kepada harga yang bermula dari $349 (RM 1,452) .

Selain itu, sempena hari Valentines yang bakal tiba, OnePlus juga telah menyediakan beberapa promosi istimewa dan sebagai permulaan setiap pembelian peranti OnePlus akan hadir dengan hadiah percuma ( StyleSwap Cover atau OnePlus X Case).

Bagi pembeli yang telah membeli OnePlus 2 pada harga lama, anda juga akan menerima pemulangan perbezaan harga ( $40) namun pemulangan ini hanya sah bagi mereka yang membeli OnePlus didalam masa 15 sebelum pengurangan harga ini dibuat.

bagi pengguna di Malaysia , kami belum dapat mengesahkan sama ada pengurangan harga OnePlus 2 ini akan juga melibatkan pasaran tempatan.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.