Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HTC One M10 akan dilancarkan April 2016 – reka bentuk seperti A9

HTC-M10a

HTC One M10 hampir sudah pasti tidak akan dilancarkan di Mobile World Congress didalam masa beberapa minggu sahaja lagi dan tarikh baru yang diperkatakan akan menjadi tarikh pelancaran model ini adalah pada 11 April 2016.

Selain itu, HTC One M10 dilaporkan akan hadir dengan reka bentuk yang mempunyai DNA daripada HTC One A9 namun dengan spesifikasi dan skrin paparan yang lebih besar.

Selain itu, HTC One M10 ini juga akan hadir dengan skrin paparan QHD berukuran 5.1-inci, pemproses Qualcomm Snapdragon 820 , 4GB RAM , kamera UltraPixel 12MP yang turut dilengkapi dengan optik pengstabilan imej dan pemfokusan laser.

Selain itu, HTC One M10 ini menjadi sandaran terbaik syarikat Taiwan ini untuk mengembalikan semula kedudukan HTC sebagai antara pengeluar telefon pintar Android terbaik di pasaran.

Selain itu, Evan Blass dari @evleaks juga telah mendedahkan bahawa HTC One M10 akan mula ditawarkan di pasaran Amerikat Syarikat pada 9 Mei 2016 dan beliau turut mendedahkan bahawa jam pintar HTC yang pertama akan turut dilancarkan pada bulan April 2016.

HTC One M10 ini juga dijangka akan hadir dengan UI HTC Sense 8 yang berasaskan Android 6.0.1 Marshmallow dan berdasarkan gambar ini kita boleh mengatakan bahawa permukaan hadapan akan juga hadir dengan sensor capjari dan tiada lagi logo jenama HTC di hadapan.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.