Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

LG G5 akan hadir dengan teknologi skrin kedua ‘always on’

LG-G5-Always-On

LG G5 telah disahkan akan dilancarkan pada 21 Februari ini iaitu sehari sebelum bermulanya Mobile World Congress yang akan berlangsung di Barcelona.

Pada tarikh yang sama, Samsung juga akan melancarkan telefon pintar terbaru mereka iaitu Samsung Galaxy S7 dan Galaxy S7 Edge.

Persamaan antara kedua-dua telefon pintar nampaknya tidak setakat itu dan kini satu gambar ‘teaser’ yang dikeluarkan oleh LG mendedahkan bahawa LG G5 akan hadir dengan satu panel skrin kedua atau lebih kenali sebagai skrin ‘always on’ dan skrin ini juga disertakan pada salah model Galaxy S7.

Gambar GIF ini memberikan kita satu animasi ringkas yang menunjukkan beberapa model telefon pintar dan pada penghujungnya model LG G5 tampil dengan maklumat seperti tarikh dan waktu pelancaran model ini. Bersebelahan dengan telefon pintar ini satu kenyataan bertulis ‘always on’ dipaparkan.

Ini memberikan kita petunjuk jelas bahawa LG G5 akan hadir dengan teknologi skrin kedua yang sama seperti LG V10.

Skrin paparan ini dijangka akan sentiasa menyala dan memberikan pengguna segala maklumat panggilan dan notifikasi daripada aplikasi terpilih.

LG G5 dijangka akan hadir dengan reka bentuk berasaskan keluli sepenuhnya dan ianya mungkin memiliki skrin paparan QHD berukuran 5.5-inci atau 5.6-inci, pemproses Qualcomm Snapdragon 820 , 3GB atau 4GB RAM , sensor capjari , kamera berkembar di bahagian belakang selain butang suara di bahagian sisi.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.